Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gunung Semeru Muntah Debu Panas Sepanjang 7 Kilometer?

Gunung berapi tertinggi di Indonesia, Gunung Semeru meletus dengan menghamburkan awan abu vulkanik setinggi lebih 1 kilometer ke langit dan menerbangkan debu panas sejauh 7 kilometer.

Menurut laporan, letusan gunung berapi itu telah mengancam keselamatan penduduk setempat. Perkara itu telah mendorong pihak berkuasa untuk membuat misi memindahkan penduduk yang terlibat.

Difahamkan sebanyak 2,000 orang di Pulau Jawa telah dipindahkan dari kampung berhampiran. Malah, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan susulan letusan gunung terbabit.

Baca Juga: Mauna Loa Meletus Pertama Kali Dalam Tempoh 40 Tahun

Sebelum ini, letusan besar Gunung Semeru telah membunuh 51 orang dan merosakkan lebih 5,000 kediaman.

Bencana itu mengakibatkan keseluruhan laluan di kawasan sekitar ditenggelami lumpur serta abu letusan yang turut menimbus kediaman dan kenderaan, manakala hampir 10,000 penduduk terpaksa mencari tempat lain untuk berlindung.

Sumber: Utusan

Total
0
Shares
Related Posts