batu tunggul berusia jutaan tahun, atau sea stack yang menjadi ikon Taman Negara Bako runtuh sekitar 24 jam yang lalu.
Kehilangan batu tersebut disedari oleh pemandu pelancong yang melintasi kawasan tersebut sekitar petang Selasa.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) di laman Facebook mereka, formasi batu tersebut telah runtuh semalam (13 Februari) disebabkan oleh kekuatan ombak di perairan Bako sejak beberapa hari yang lepas.
Ia merupakan objek batu kedua yang runtuh akibat hakisan selepas Drinking Horse di Tudan, Miri pada Februari 2021.
Untuk makluman, Pulau Bako diangkat sebagai Taman Negara pada 1957 berkeluasan 27 kilometer. Ia menjadi rumah kepada lebih 267 spesies hidupan liar termasuk monyet Belanda.