Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gaji Minimum Masih Tidak Cukup Untuk Tinggal Di KL

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini menerbitkan satu laporan mengenai purata perbelanjaan sara hidup asas bulanan isi rumah dan gaji minimum di negara ini tahun lepas.

Laporan itu menunjukkan Kuala Lumpur mencatatkan min per kapita tertinggi iaitu RM1,755, diikuti Selangor (RM1,630), dan Pulau Pinang (RM1,471).

Sebaliknya, rekod perbelanjaan terendah bagi setiap orang didapati di Kelantan (RM1,018), Perlis (1,026), dan Kedah (RM1,034).

DOSM turut melaporkan Selangor mencatatkan purata perbelanjaan makanan bagi setiap orang tertinggi iaitu RM507 sebulan, diikuti Johor (RM476), dan Melaka (RM471).

Adakah gaji minimum cukup untuk menampung perbelanjaan hidup asas pada tahun 2025?

Dalam pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Dalam sebuah akhbar bertarikh 14 Ogos, Pakar ekonomi terkemuka Dr. Geoffrey Williams sebagai berkata gaji minimum baharu sepatutnya sekitar RM1,600, tetapi ini terlalu rendah kerana dengan potongan wajib bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS), gaji bawa pulang adalah di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, Williams juga berkata bahawa Bank Negara menganggarkan gaji hidup RM2,700 pada 2018 yang kini menjadi RM3,000 selepas mengambil kira inflasi.

Total
0
Shares
Related Posts