Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

“Malas Bawa Dompet” Lelaki Ini Tanam Cip Bank Dalam Tangan

Tidak ada yang lebih mengecewakan apabila tertinggal dompet di rumah ketika ingin membeli barangan di kedai.

Namun perkara itu tidak berlaku kepada Arnie Szoke yang mempunyai cip pembayaran yang dipasang di dalam tangannya.

Menurut Arnie Szoke membuat pembayaran menggunakan tangan adalah hasratnya. Malah Arnie membelanjakan £350 (RM1,877) untuk mendapatkan implan itu di Jerman.

Saya suka teknologi. Saya mempunyai semua teknologi, dan saya mahukan lebih daripada itu, Maka saya memasukkan cip bank di tangan saya.

Baca Juga: Gambar Semut ‘Demonic’ Menarik Perhatian Internet?

Ini bermakna saya tidak perlu membawa dompet sepanjang masa. Kali terakhir saya menggunakan wang tunai, sebanyak £40 (RM214) telah hilang bersama pas kerja saya.

Arnie Szoke juga berkongsi pengalaman di mana juruwang dan pelanggan lain di kedai terkejut melihat cara beliau membuat pembayaran.

Untuk makluman, Mikrocip tersebut menggunakan teknologi kad tanpa sentuh dengan medan magnet yang memindahkan data kepada alat pengesan. Manakala, cip yang berharga £220 (RM1,179) itu dibina oleh syarikat British-Poland, Walletmor dan akan tamat tempoh sama seperti kad bank biasa.

Maka, Arnie Szoke perlu menggantinya dalam operasi kedua dengan kos £130 (RM696) pada 2029.

Sumber: Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts