Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gambar Semut ‘Demonic’ Menarik Perhatian Internet?

Pernah tak korang terfikir macam mana rupa haiwan kecil seperti semut secara dekat? Selalunya kita hanya melihat haiwan tersebut dengan mata kasar tanpa melihat wajah sebenar haiwan tersebut.

Gambar semut yang menakutkan telah menarik perhatian dunia

Sumber: Nikon Small World

Wajah semut itu dibesarkan sebanyak lima kali di bawah mikroskop ditangkap oleh seorang jurugambar hidupan liar Lithuania, Eugenijus Kavaliauskas dalam Pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2022.

Pertandingan tersebut membolehkan individu menangkap gambar dalam fotografi mikroskop tanpa memerlukan objek tetap. Malah, pertandingan ini membolehkan orang awam melihat butiran halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia.

Bosan dengan cara sama, Kavaliauskas menangkap gambar semut menggunakan Microskop

Photo by Shannon Potter on Unsplash

Memetik laporan insider, Kavaliauskas sudah bosan dengan menangkap gambar serangga dengan cara tradisional. Maka dirinya membuat satu perubahan dengan menangkap gambar semut menggunakan mikroskop.

Ia membosankan untuk mengambil gambar seekor semut, berlari-lari kecil, di atas tanah. Jadi saya menggunakan mikroskop untuk menangkap gambarnya.

Walau bagaimanapun, gambar yang menarik perhatian dunia itu tidak merangkul hadiah utama peraduan. Untuk gambar semut, Kavaliauskas memenangi satu item Nikon yang berharga $35.

Sumber: Nikon Small World

Penghormatan tertinggi dan hadiah wang tunai $3,000 menjadi milik Grigorii Timin dan Michel Milinkovitch dari jabatan genetik dan evolusi Universiti Geneva. Kedua-duanya menangkap kaki hadapan tokek gergasi Madagascar dalam butiran pendarfluor.

Kalau anda berminat nak tengok gambar-gambar menarik menggunakan mikroskop anda boleh lihat di sini

Total
0
Shares
Related Posts