Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kewujudan AI Bakal Buatkan Pekerja Hilang Kerja?

Artificial Intelligence (AI) perlahan-lahan memasuki pelbagai bidang dan industri. Memandangkan teknologi terus maju dan mampu mengendalikan tugas yang lebih kompleks dan menyelesaikan masalah lebih cepat dari manusia.

Maka apa yang bakal terjadi bagi kita manusia?

The International Monetary Fund (IMF) baru-baru ini mengeluarkan AI Preparedness Index (AIPI), yang menilai sejauh mana persediaan teknologi tersebut terhadap 174 negara.

Sejauh manakah kita bersedia untuk AI?

AIPI dikatakan memantau 174 ekonomi dengan menilai infrastruktur digital, modal insan, dasar buruh, inovasi, integrasi dan peraturan mereka.

Indeks dibahagikan kepada 5 peringkat, termasuk 0.8 atau lebih tinggi, 0.6 hingga 0.8, 0.4 hingga 0.6, 0.2 hingga 0.4, dan di bawah 0.2.

Menurut Indeks tersebut Malaysia mempunya nilai skor 0.63 manakala Singapura mempunyai nilai skor 0.8.

Manusia bakal hilang pekerjaan akibat AI

Menurut kajian itu, AI boleh membawa risiko seperti kehilangan pekerjaan dan ketidaksamaan yang meluas.

Penyelidikan telah mendapati bahawa walaupun AI mempunyai potensi untuk membentuk semula ekonomi global, ia juga boleh memberi kesan kepada 33% pekerjaan dalam ekonomi maju, 24% dalam ekonomi sedang pesat membangun, dan 18% di negara berpendapatan rendah.

Sumber: IMF

Total
0
Shares
Related Posts