Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lionel Messi Minta Peminat Bantu Mangsa Gempa Di Turkiye & Syria

Bintang bola sepak Argentina Lionel Messi mengajak peminatnya menderma di Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) untuk membolehkan agensi itu menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Messi menyatakan perasaan sedihnya dan menyeru supaya peminatnya untuk membantu mangsa gempa di laman media sosialnya.

Ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk beribu-ribu kanak-kanak dan keluarga mereka yang terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria.

Saya amat bersimpati. UNICEF bekerja di kawasan itu sejak awal lagi untuk melindungi kanak-kanak. Bantuan anda sangat berharga!.

Sebelum ini, Messi dikatakan telah mendermakan jersi Paris Saint-Germain yang ditandatanganinya untuk kempen yang dijalankan oleh pemain pertahanan Turkiye Merih Demiral yang melelong jersi itu untuk mengumpul dana bantu mangsa gempa bumi.

Baca Juga: Kenapa Messi Sarung Jubah Hitam?

Lionel Messi, bukan sahaja terkenal dalam dunia bola sepak tetapi juga dengan kerja-kerja amal. Pada 2020 ketika krisis covid-19 melanda, Messi telah menderma sebanyak RM4 juta untuk dibahagikan antara Klinik Hospital di Catalunya dan pusat kesihatan lain di Argentina.

Sumber: Instagram, Twitter

Total
0
Shares
Related Posts