Pele, lagenda dan Ikon bola sepak dunia, meninggal dunia pada hari Khamis di São Paulo pada usia 82 tahun.
Hospital Albert Einstein dalam satu kenyataan berkata, kematiannya berpunca dari sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh ‘kegagalan pelbagai organ.’
Pelé atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento itu disahkan menghidap kanser usus pada 2021 dan dikejarkan ke hospital ekoran gagal bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.
Daripada Jual Kacang Tanah Hingga Menjadi Ikon Bola Sepak Dunia
Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar tenggara Tres Coracoes, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele membesar dengan menjual kacang tanah di jalanan untuk membantu keluarganya yang miskin.
Mendiang mula bermain bola secara professional pada umur 15 tahun apabila bermain untuk kelab Santos. Malah, pada usia 17 tahun Pele berupaya menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Piala Dunia 1958.
Baca Juga: Kenapa Messi Sarung Jubah Hitam?
Mendiang adalah satu-satunya pemain dalam sejarah bola sepak berjaya menjulang trofi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1952 dan 1970.
Dalam kerjayanya selama 21 tahun, Pele menjaringkan 1,283 gol dalam 1,367 perlawanan profesional, termasuk 77 gol untuk pasukan kebangsaan Brazil.
Pencapaian Pele terhadap sukan bola sepak ini pastinya amat sukar untuk dilakukan oleh mana-mana pemain dalam sejarah bola sepak dunia.
Sumber: CNN