Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Messi Sarung Jubah Hitam?

Lionel Messi, akhirnya memenangi Piala Dunia bersama Argentina selepas membawa pasukan kebangsaannya meraih kemenangan tipis ke atas juara 2018 Perancis, dengan penentuan sepakan penalti.

Namun ketika acara pemberian trofi, netizen tertarik melihat pemain bola sepak itu telah disarung memakai jubah berwarna hitam dengan jalur emas di bahunya.

Perkara itu telah mengundang tanda tanya kepada para peminat dan pertikaian mengapa Messi harus dipakaikan jubah itu kerana ia menutup lambang jersi Argentina yang dipakainya.

Jubah ‘Beshth’ hanya dipakai oleh pahlawan & kerabat diraja Arab

Untuk makluman korang, jubah hitam yang disarungkan kepada Messi itu adalah ‘Beshth’. Ia merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh para pahlawan Arab selepas mendapat kemenangan.

Walau bagaimanapun, jubah hitam itu bukan hanya dipakai oleh pahlawan. Namun, kerabat diraja juga memakainya.

Baca Juga: 6 Perkataan Inggeris Yang Sebenarnya Berasal Dari Bahasa Arab

Jika korang lihat Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani memakai jubah yang sama sebelum menyarung Messi jubah untuk menandakan bahawa Messi sebagai ‘pahlawan’ yang berjaya memenangkan Argentina bagi Piala Dunia tahun ini.

Walau terdapat pelbagai reaksi negatif. Penyokong Argentina menganggap ‘Beshth‘ itu satu perhormatan untuk Messi.

Sumber: LadBible

Total
0
Shares
Related Posts