Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

5 Skandal Korupsi Yang Pernah Mengejutkan Dunia

Korupsi perosak negara

Korupsi adalah satu perbuatan pecah amanah di mana seseorang individu menyalahguna kuasa demi memperkayakan atau memberi kelebihan kepada diri sendiri, keluarga, kenalan rapat ketika individu tersebut diberikan tanggungjawab dalam mentadbir urus sumber awam.

Perkara ini juga mengakibatkan ketirisan khazanah negara, pencemaran alam sekitar, dan peningkatan kemiskinan.

Walaupun banyak perkara telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana korupsi berlaku. Namun, kita masih mempunyai perjalanan yang panjang untuk memerangi korupsi.

Disini kami senaraikan beberapa skandal korupsi terbesar sepanjang 20 tahun lepas.

Chechnya Kadyrov

Bayangkan anda perlu membayar cukai untuk mengekalkan pekerjaan anda. Macam tak masuk akal, kan?

Namun perkara ini terjadi di satu daerah Rusia, Chechenya. Di Chechnya, setiap orang yang mendapat gaji harus membayar cukai tak langsung kepada ketua republik, Ramzan Kadyrov.

Difahamkan, cukai itu digunakan untuk membantu membina rumah dan masjid dan menyediakan bantuan kepada Somalia. Namun, ada dakwaan dana itu telah digunakan untuk membayar pesta ulang tahun ke-35 Kadyrov.

Menurut laporan theguardian, Kadyrov telah membayar bekas pemain tinju Mike Tyson dengan harga $2 juta untuk satu sesi bersamanya dan menghadiahkan 16 motorsikal kepada geng nasionalis menggunakan duit dana itu.

Skandal ini telah membuat sesetengah orang Chechen kehilangan separuh pendapatan mereka. Dikatakan Kadyrov berjaya mengumpul dana sebanyak AS$648 hingga 864 juta setahun. Kadyrov juga mengguna dana itu untuk membantu dirinya semasa melakukan pelanggaran hak asasi manusia.

Fifa

Pada 27 Mei 2015, sembilan bekas Pegawai Persatuan (FIFA) telah ditangkap atas tuduhan merogol dan mengubal wang haram.

Tuduhan jenayah bagi penipuan, salah urus jenayah dan pemalsuan susulan penyiasatan ke atas sembilan pengawai itu didedahkan oleh pendakwa di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Selain itu, Bekas pegawai FIFA Sepp Blatter dan Michel Platini juga didakwa atas penipuan dan kesalahan lain oleh pendakwa raya Switzerland pada hari Selasa selepas penyiasatan enam tahun ke atas pembayaran kontroversial $2 juta.

Skandal itu berkaitan dengan pembayaran $2 juta yang diatur pada 2011 oleh Blatter kepada Platini dan bakal pewaris Blatter sebagai eksekutif paling berkuasa dalam sukan itu.

Krisis sampah Lubnan

Kadang-kadang wang yang kotor boleh membawa kepada bandar yang kotor.

Sejak 2015, Lubnan mengalami krisis sampah selepas syarikat pelupusan Lubnan, Sukleen, berhenti mengutip sampah dan menutup tapak pelupusan yang telah digunakan selama 12 tahun kerana kekurangan infrastruktur untuk membuang sampah di tempat lain.


Syarikat Sukleen berani membiarkan perkara itu berlaku kerana telah memonopoli perkhidmatan itu sejak 1990-an kerana mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri.


Skandal itu telah mencetuskan gerakan popular yang dipanggil “You Stink”, yang meminta kerajaan membersihkan jalan dan masalah rasuah.

1Malaysia Development Berhad

Pengubahan wang haram, 1MDB merupakan salah satu yang terbesar di dunia. Pihak berkuasa menganggarkan lebih AS$4 bilion telah digelapkan

Pada 2009, kerajaan Malaysia menubuhkan dana pembangunan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri, Najib Razak.

Penubuhan dana itu pada asalnya bertujuan untuk meningkatkan dana negara ekonomi melalui pelaburan strategik. Tetapi sebaliknya, dana itu telah diletakkan dalam akaun bank segelintir individu, termasuk bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak.

Baca juga: Najib Razak Tinggalkan Nota Akhir, Sebelum Di Penjara

Dana pembangunan itu juga telah digunakan untuk membeli hartanah mewah di New York, lukisan dan hadiah untuk selebriti.

Difahamkan, sebanyak RM2.6 billion telah disimpan dalam akaun peribadi Najib Razak. Namun beliau mendakwa bahawa wang itu adalah “derma” dari putera Saudi. Bekas perdana menteri kini dipenjara atas penyelewengan dana awam.

Azerbaijan laundromat

Sesetengah kerajaan bersungguh untuk memperbaiki rekod hak asasi manusia negara mereka dan mengukuhkan sistem demokrasi. Namun lain yang terjadi kepada Azerbaijan dimana mereka cuba membersihkan reputasi mereka dengan merasuah ahli politik asing.

Pemimpin Azerbaijan didakwa memberi rasuah kepada perwakilan Perhimpunan Parlimen Majlis Eropah (PACE) untuk mengurangkan laporan pemantauan pilihan raya dan rekod hak asasi manusia Azerbaijan.

Rekod bank mendedahkan sebanyak $3 bilion slush fund telah digunakan oleh kepimpinan Azerbaijan untuk membayar rasuah, menyeleweng dan membeli barangan mewah.

Walau bagaimanapun, akauntabiliti sebenar masih belum diketahui. Siasatan mendapati beberapa perwakilan terlibat dalam jenayah rasuah.

Total
0
Shares
Related Posts