Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Asal Usul Lagu ‘Happy Birthday’ Bukan Seperti Anda Tahu?

Lagu “Happy Birthday” adalah salah satu lagu yang paling dikenali di dunia, dan dinyanyikan untuk meraikan hari lahir rakan, ahli keluarga dan orang tersayang.

Tetapi pernah tak anda terfikir dari mana datangnya lagu tersebut dan siapa pencipta lagu ni?

Daripada “Good Morning to All” kepada “Happy Birthday”

Melodi lagu “Happy Birthday” diolah daripada lagu yang dipanggil “Good Morning to All,” yang dihasilkan pada tahun 1893 oleh Mildred J. Hill dan kakaknya, Patty Smith Hill.

Lagu ini pada asalnya bertujuan sebagai lagu untuk menyambut kedatangan pelajar tadika pada waktu pagi, dan lirik lagu tersebut adalah;

“Good morning to you, good morning to you, good morning dear children, good morning to all.”

Lagu “Good Morning to All” sangat menarik dan popular. Tidak lama kemudian orang mula menyanyikan lagu tersebut mengikut melodi mereka sendiri.

Baca Juga: Wabak Menari: Penyakit Misteri Pada Tahun 1518

Malah, lagu itu diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Cina, Jepun dan Sweden.

Namun, hanya pada awal tahun 1900-an lirik “Happy Birthday” ditambahkan menggunakan melodi ini, dan menjadi lagu yang kita kenali hari ini.

Versi pertama lagu “Happy Birthday”.

Versi pertama lagu “Happy Birthday” telah diterbitkan dalam buku lagu ‘Beginner’s Book of Songs with Instructions’, pada tahun 1912, dengan lirik

Good morning to you, good morning to you, good morning dear children, good morning to all. Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday dear (name), happy birthday to you.”

Lama kelamaan, lirik “Good Morning to All” tidak lagi digunakan dan hanya menggunakan lirik “Happy Birthday“.

Kontroversi hak cipta lagu tersebut

Di sebalik popularitinya, lagu “Happy Birthday“. Lagu itu juga menjadi subjek perebutan hak cipta untuk sekian lama.

Walau, lagu itu dicipta oleh Mildred J. Hill dan kakaknya. Namun, lagu itu dimiliki oleh penerbit muzik Warner/Chappell Music, Malah syarikat itu mengenakan bayaran royalti untuk penggunaannya dalam filem, rancangan televisyen dan persembahan awam yang lain.

Pada tahun 2015, hakim persekutuan Los Angeles memutuskan bahawa tuntutan hak cipta untuk lagu itu adalah tidak sah dan lagu itu berada dalam domain awam. Keputusan ini membolehkan sesiapa sahaja menggunakan lagu itu tanpa membayar royalti.

Lagu “Happy Birthday” adalah satu lagu klasik dan ikonik yang telah dinyanyikan selama lebih satu abad untuk meraikan hari lahir seseorang di seluruh dunia. Asal-usulnya sebagai ucapan tadika telah berkembang menjadi perayaan global, dan melodi yang menarik serta liriknya yang ringkas telah menjadikannya sebahagian daripada warisan budaya kita.

Sumber: singmehappybirthday, theguardian

Total
0
Shares
Related Posts