Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Niccolo Machiavelli – Matlamat Menghalalkan Cara

Korang pernah tak dengar atau baca tentang Matlamat menghalalkan cara? perkara itu sering dikaitkan dengan bekas perdana menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir kerana dipercayai menerap falsafah tersebut.

Tapi tahukah anda bahawa falsafah itu sebenarnya datang daripada seorang ahli falsafah bernama Niccolo Machievelli?

Siapa Niccolo Machievelli?

Niccolò Machiavelli dilahirkan di Florence pada tahun 1469. Beliau adalah seorang ahli politik dan diplomat yang berkhidmat sebagai Setiausaha Republik Florentine.

Apabila keluarga bangsawan Medicis, menubuhkan pemerintahan mereka di Florence. Mereka membubarkan rejim republik, Machiavelli telah diseksa, dipenjarakan, dan dibuang ke luar bandar.

Selepas dibuang dari Florence, beliau memutuskan untuk menulis buku yang penuh dengan nilai politik yang kekal sehingga hari ini iaitu “The Prince”.

Dari mana asal perkataan Matlamat menghalalkan cara?

Sebenarnya Niccolo Machievelli tidak pernah menyebut tentang prinsip “Matlamat menghalalkan cara” akan tetapi beliau mengeluarkan satu falsafah tentang sosok seorang pemimpin untuk kekal berkuasa.

Beliau menyatakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan apa sahaja atau berkata apa sahaja untuk kekal berkuasa dalam pemerintahannya.

Machiavelli percaya bahawa untuk mengekalkan kuasa, seorang pemimpin tidak boleh selalu menjadi orang yang “baik” untuk membolehkan seseorang pemerintah terus berkuasa, dia perlu mengambil tindakan yang dianggap sebagai kejam atau tidak bermoral.

Dalam erti kata lain, beliau menyokong idea menanam rasa ketakutan sebagai cara untuk seorang pemerintah mengawal rakyatnya.

Malangnya, perkara itu telah disalah ertikan. Para cendekiawan abad ke-16 dan ke-17 menuduh buku tersebut mencipta pemimpin yang tidak bermoral dan kejam, dan disebabkan itu muncul ungkapan “Matlamat menghalalkan cara” .

Total
0
Shares
Related Posts