Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Dari mana Istilah Boikot Bermula?

Boikot adalah satu tindakan individu memulaukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang datang daripada suatu individu, pertubuhan atau negara sebagai tanda tunjuk perasaan bermotifkan moral, masyarakat, politik ataupun mementingkan persekitaran.

Tetapi, adakah ia berfungsi? Boikot mungkin kelihatan produktif, Walau bagaimanapun, kuasa boikot juga boleh menjejaskan pengguna miskin dan merupakan usaha yang sia-sia dalam jangka panjang.

Boikot bermula di Ireland?

Istilah Boikot dipopularkan oleh seorang wartawan James Redpath yang pergi ke Ireland semasa pergolakan tanah Ireland pada tahun 1880 untuk membuat liputan mengenai cerita Boikot yang dipulau kerana terlibat dalam pertikaian mengenai harga sewa yang tidak adil dan layanan buruk terhadap penyewa.

Penyewa tanah Charles ketika itu enggan bekerja untuknya, menjual barangnya, dan melakukan sebarang interaksi sosial. Usaha memulaukan dan menjauhi Charles Boycott membawa kepada istilah “boikot,”.

Istilah itu akhirnya digunakan secara meluas untuk menggambarkan tindakan enggan melibatkan diri atau bekerjasama dengan individu, organisasi, atau negara sebagai satu bentuk protes atau untuk memberikan tekanan untuk perubahan. .

Tindakan tersebut hanya menjejaskan individu?

Boikot berkesan dalam situasi tertentu, tetapi dengan memboikot ia boleh menjejaskan mata pencarian individu yang terdedah dengan masalah kewangan.

Ini kerana tindakan itu akan menjejaskan jualan atau operasi syarikat, ia mungkin membawa kepada langkah penjimatan kos seperti memberhentikan atau pengurangan waktu kerja untuk pekerja. Ini memberi kesan kepada pekerja berpendapatan rendah atau mereka yang kurang jaminan pekerjaan, menjadikan mereka lebih terdedah kepada masalah kewangan.

Malah, tindakan itu juga boleh menjejaskan ekonomi keseluruhan. Apabila perniagaan menderita akibat boikot, ia boleh memberi kesan kepada seluruh komuniti, yang bukan sahaja menjejaskan pekerjaan tetapi juga hasil cukai kerajaan sesebuah negara.

Walaupun boikot selalunya bertujuan untuk mendorong perubahan atau meminta entiti bertanggungjawab atas tindakan mereka. Mereka yang menganjurkan tindakan boikot harus mempertimbangkan kesan dan berusaha untuk mengurangkannya, mungkin dengan menyasarkan usaha melaksanakan strategi yang meminimumkan bahaya kepada individu yang terdedah.

Sumber: Britannica, insight

Total
0
Shares
Related Posts