Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Fenomena El Nino & Kesan Di Malaysia

Fenomena El Nino merujuk kepada keadaan pemanasan alam sekitar yang melebihi purata suhu semasa permukaan laut.

Indikator suhu El Nino merujuk kepada peningkatan suhu persekitaran melebihi 37°C dan berupaya meningkat sehingga 40°C dengan kelembapan udara persekitaran rendah serta kering.

Umumnya fenomena El-Nino bukanlah sesuatu yang baharu bagi negara Malaysia dan lain-lain negara di Asia Tenggara.

Boleh dikatakan setiap tahun negara kita akan mengalami cuaca panas dari bulan Mei sehingga Ogos. Malah kadangkala fenomena ini menyebabkan kemarau di kawasan pertanian di negara kita.

Fenomena El Nino paling teruk melanda Malaysia adalah pada 1998

El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951-1952 dan fenomena paling teruk adalah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Fenomena itu telah menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti denggi, penyakit taun, untut (kaki gajah) dan malaria yang merebak disebabkan peningkatan suhu.

Baca Juga: Cuaca Panas Akibat Kurang Taburan Hujan

Malah, El Nino telah menyebabkan jerebu dan mengundang penyakit berkaitan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk dan sering meningkat kejadian selesema. 

Ketika jerebu teruk melanda di rantau ini pada 1997-1998, dilaporkan hampir 20 juta rakyat Malaysia mengalami pernafasan teruk.

El Nino telah menimbulkan krisis bekalan air

Ketika El Nino melanda pada 1997-1998, penduduk di Lembah Klang terpaksa berdepan dengan catuan air selama enam bulan.

Dilaporkan, sebanyak 4.2 juta pengguna di Lembah Klang terpaksa berkongsi 2,553 juta liter sehari.

Malah, beberapa negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perlis, Melaka juga membuat catuan air kerana empangan terjejas teruk.

Apa persediaan perlu dibuat menghadap fenomena ini?

  • Minum air kosong setiap kali terasa dahaga. Ia untuk mengelak badan mengalami dehidrasi.
  • Pakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik berwarna terang dan berupaya meresap haba dan peluh.
  • Tingkatkan kekerapan mandi atau basahkan kepala supaya dapat menurunkan suhu permukaan kulit.

Sumber: nationalgeographic

Total
0
Shares
Related Posts