Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Cubaan Bunuh Diri Dianggap Satu Jenayah?

Cubaan membunuh diri telah menjadi subjek yang sangat rumit sepanjang sejarah manusia. Kira-kira separuh negara di dunia tidak lagi menganggap cubaan bunuh diri sebagai jenayah, tetapi separuh lagi masih mengekalkannya.

Terdahulu, negara Malaysia telah menjatuhkan hukuman kepada individu yang melakukan cubaan membunuh diri, biasanya mereka yang melakukan tindakan itu akan dikenakan hukuman penjara.

Namun, Bagaimanakah tindakan tersebut boleh dianggap sebagai jenayah pada mulanya?

Menganiaya diri & Harta diberi kepada Tuan Feudal

Semuanya bermula daripada asas falsafah St Thomas Aquinas. beliau menyatakan bahawa bunuh diri adalah tindakan yang menyalahi undang-undang kerana ia bertentangan dengan kecenderungan semula jadi manusia untuk mencintai diri sendiri.

Dari perspektif teologi, tindakan membunuh diri adalah satu tindakan yang menganiaya diri sendiri.

Pada tahun 967, Raja Edgar dari England membuat undang-undang yang mengatakan harta seseorang yang telah mati akibat bunuh diri akan diberikan kepada tuan feudalnya.

Ini kerana Raja Edgar telah memutuskan untuk menambah bunuh diri ke dalam senarai jenayah.

Apabila undang-undang berkembang, percubaan membunuh diri jatuh ke dalam kelas jenayah salah laku, biasanya dihukum denda atau penjara pendek.

Hukuman terhadap cubaan membunuh diri wujud seawal 1936 di Malaysia

Cubaan membunuh diri telah dimasukkan sebagai jenayah di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 309) apabila perundangan itu mula-mula digubal oleh pentadbiran kolonial British semasa pemerintahan British Malaya pada tahun 1936.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia mewarisi sistem undang-undang yang diperkenalkan oleh British dan peruntukan yang disebutkan di atas.

Walaupun British telah menyahkriminalisasikan jenayah bunuh diri pada tahun 1961, Malaysia masih mengekalkannya sebagai kesalahan yang boleh dihukum.

  • Seksyen 309 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
  • Seksyen 305 boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda, manakala Seksyen 306 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda.

Namun, pengecualian pada Seksyen 305 diperkenalkan pada tahun 1976.

Kini kesalahan cubaan bunuh diri dimansuhkan di Malaysia

Pada 22 Mei 2023, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.

Pemansuhan Seksyen 309 untuk meniadakan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan, akan menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes cubaan bunuh diri di Malaysia.

Malah, dengan memansuhkan akta tersebut ia dapat menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri.

Sumber:

1.lexology

2. journals

Total
0
Shares
Related Posts