Seperti kita tahu lalat adalah seekor serangga yang kotor kerana memakan sampah dan sisa bahan organik.
Kalau kita belajar sains, lalat biasanya membawa parasit dan juga membawa banyak penyakit-penyakit seperti demam, cirit birit, taun, jangkitan cacing dan keracunan makanan.
Tapi korang pernah tak baca tentang salah satu sayap lalat ada penawar untuk penyakit yang dibawa oleh lalat?
Hadis menunjukkan ada penawar pada sayap lalat?
Seperti kita tahu lalat merupakan agen yang membawa “penyakit”, Namun terdapat satu hadis nabi SAW yang menyatakan bahawa jika kita merendam lalat, ia meneutralisasikan racun dari lalat kerana di bawah salah satu sayapnya terdapat penawarnya. Hadis ini daripada Riwayat Al-Bukhari bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Walau bagaimanapun, hadis ini menimbulkan kontroversi kerana secara umumnya lalat merupakan agen penyebaran penyakit dari tempat yang kotor kepada makanan atau minuman.
Sains moden berjaya membuktikan bahawa sayap lalat mempunyai penawar
Ilmu Sains berjaya membuktikan bahawa pada sebelah sayap lalat itu terkandung penyakit atau kuman (bakteria) dan sebelah lagi merupakan penawar bagi penyakit tersebut.
Satu kajian telah dilakukan oleh Rockefeller Institute for Medical Research, untuk membuktikan sayap kanan (Musca domestica) dapat meneutralisasikan minuman yang tercemar oleh mikrob.
Penyelidikan itu dilakukan dengan mengambil sayap kanan lalat dan diletakkan ke dalam enam jenis air minuman yang berbeza.
Hasil mendapati perkembangan mikrob tidak berlaku pada minuman tercemar disebabkan kuman bacteriphages yang terdapat pada sayap kanan lalat Musca domestica.
Kalau lalat mati dalam bekas boleh ke tenggelamkan badannya?
Menurut laman web Mufti Wilayah, jika lalat itu mati dalam minuman, sunat untuk ditenggelamkan terlebih dahulu sebelum membuang lalat tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda takut makan tersebut memudarat, maka anda boleh membuang makanan atau minuman tersebut.
Ini kerana Islam amat menitikberatkan soal penyediaan makanan seperti sumber dan kebersihannya, halal haram dan manfaat mudarat daripada sesuatu makanan.
Oleh itu hendaklah orang Islam juga sentiasa cakna soal kebersihan makanan dan tidak sewenangnya menyediakan makanan yang bercampur lalat