Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Macam Mana Lagu Janet Jackson Boleh Buat Laptop Crash?

Lagu itu juga boleh menyebabkan laptop lain crash apabila dimainkan disebelahnya
Janet Jackson

Gen X dan Boomer mesti tahu betapa popular lagu Rhythm Nation dari Janet Jackson pada era 1980-an. Namun terdapat fakta menarik yang mendedahkan bahawa lagu itu mampu merosakkan sesebuah laptop.

Janet Jackson
Sumber: Youtube

Perkara ini telah dikongsikan oleh ketua jurutera perisian Microsoft Raymond Chen tentang apa yang berlaku apabila laptop Windows XP memainkan video muzik “Rhythm Nation“.

Secara khusus, Chen mengimbas kembali kisah rakan sekerja yang mendakwa bahawa jika sesuatu model laptop memainkan lagu itu, ia akan merosakkan laptop tersebut.

Macam mana lagu Janet Jackson boleh buat laptop crash ?

Lagu itu mengandungi frekuensi bergema yang sama dan secara tidak langsung menjejaskan hard disk laptop tersebut.

Lagu itu mengandungi frekuensi resonans semula jadi yang sama dengan model hard disk komputer riba iaitu 5400 rpm.

Raymond Chen

Dalam erti kata lain, memainkan lagu itu menghasilkan gelombang bunyi tertentu yang bergetar pada frekuensi yang sama dengan hard disk tersebut. Apabila frekuensi itu sama, ia menyebabkan hard disk bertindak balas dan kemudiannya crash. Perkara ini digelar sebagai resonans.

Walau bagaimanapun, mereka menyelesaikan masalah dengan menambahkan penapis ke dalam audio untuk mengesan dan mengalih keluar frekuensi ketika memain lagu tersebut tanpa menjejaskan komponen laptop itu.

Microsoft juga mempunyai kes yang sama

Lebih menarik lagi, terdapat kes resonans sama yang menyebabkan kerosakkan komputer.

Larry Osterman dari Microsoft mendedahkan bahawa jika pengguna komputer bermain permainan 101 Monochrome Mazes, ia akan menyebabkan komputer crash kerana speaker trace dan reset trace terlalu dekat antara satu sama lain.

Sumber: Twitter

Fenomena sama tapi bukan di dunia digital

Photo by dylan nolte on Unsplash

Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan komputer sahaja. Malah pada 2011, pusat beli-belah TechnoMart di Seoul telah memaklumkan terdapat ‘gempa bumi’ yang sedang berlaku sebagai tindak balas terhadap 10 minit gegaran dalam mall tersebut.

Walau bagaimanapun, gegaran tersebut sebenarnya datang daripada sekumpulan orang yang sedang melakukan senaman Tae Bo.

Baca juga: Memperingati Tragedi Pengeboman Bandar Hiroshima

Selain itu pada 1940, Jambatan Gantung Tacoma Narrows runtuh sebagai tindak balas resonans kepada tiupan angin yang menghasilkan gegaran yang sepadan dengan frekuensi semula jadi jambatan itu.

Sumber: TheStar, Koreanjoongan, britannica

Total
0
Shares
Related Posts