Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sungai Di Dunia Surut, Dedah Peninggalan Sejarah

sungai

Seperti kita tahu kebanyakkan sungai di dunia mengalami paras air yang rendah akibat perubahan iklim yang teruk.

Tahun ini, Amerika Syarikat telah dilanda perubahan iklim yang teruk seperti kejadian banjir besar, kekurangan air dan suhu terik.

Bukan itu sahaja, Eropah juga menghadapi rekod gelombang haba yang tinggi dan minggu ini China telah mengeluarkan kecemasan kemarau selepas kawasan Sungai Yangtze dilihat mula mengering.

Walau bagaimanapun, perubahan iklim itu telah mendedahkan beberapa peninggalan purba, khazanah prasejarah  yang telah lama tenggelam.

Berikut peninggalan sejarah yang dijumpai di negara yang mempunyai masalah kemarau:

Tiga Patung Buddha – Sungai Yangtze, China

Sumber: CNN

Sungai Yangtze yang semakin kering telah mendedahkan khazanah zaman purba iaitu tiga patung Buddha purba dipercayai berusia sekitar 600 tahun yang selama ini tersembunyi di dasar sungai itu.

Baca juga: Dugong Atau ‘Lembu Laut,’ Diisytiharkan Pupus Di China

Menurut laporan CNN, nama patung buddha itu adalah Foyeliang, dan bertarikh pada dinasti Ming dan Qing. Salah satu patung itu menggambarkan seorang sami sedang duduk di atas alas teratai.

Spanish Stonehenge – Sepanyol

Sumber: NASA

Bulan lepas, Sepanyol telah dikhabarkan mengalami cuaca terburuk sejak tahun 1961, perubahan iklim itu telah meninggalkan takungan Sepanyol pada purata hanya 40 peratus kapasiti awal bulan ini, menurut laporan Accuweather.

Disebabkan paras air yang semakin surut, bentuk Stonehenge yang dahulunya tenggelam kini dapat dilihat dengan sepenuhnya. Stonehenge ini dipercayai wujud sejak 5000BC.

Kapal Perang Dunia Kedua – Danube, Serbia

sungai
Sumber: Twitter

Tidak terlepas sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube, juga menghadapi kemarau berterusan.

Menurut laporan CNN, kemarau telah mendedahkan penemuan 20 kapal perang Jerman yang karam semasa Perang Dunia II di Sungai Danube di Serbia. Kapal perang itu masih mengandungi peluru dan bahan letupan dan terbentang di sepanjang sungai berhampiran Prahovo, bandar pelabuhan sungai Serbia.

Tapak Kaki Dinosaur – Texas, Amerika

Baru-baru ini, Amerika Syarikat telah melaporkan paras air di beberapa sungai, tasik dan empangannya telah mula surut. Apa yang lebih menarik di Sungai Paluxy, kesan tapak kaki dinasour ditemui selepas sungai itu mengering.

Tapak kaki itu dipercayai milik dinasour Acrocanthosaurus , yang mempunyai ketinggian 15 kaki dan seberat 7 tan.

Sumber: Factswow, Accuweather, nbcnews

Total
0
Shares
Related Posts