Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Laika: Haiwan Pertama Yang Terbang Di Angkasa Lepas

Space Dog
angkasa

Tahukah anda bahawa ada beberapa haiwan yang telah menjadi angkasawan sebelum manusia?

Perkara ini adalah benar! kerana ia adalah eksperimen yang dijalankan oleh saintis untuk memastikan bahawa manusia selamat untuk melakukan perjalanan yang sama sendirian.

Bunyinya seperti kejam, tetapi para saintis juga menghantar beberapa “barang” ke sana untuk menguji… keberkesanan untuk bernafas..?

Berbalik kepada cerita tadi, haiwan pertama yang terbang ke ruang angkasa lepas yang popular adalah seekor anjing bernama Laika.

Pada 3 November 1957, anjing Laika menjadi haiwan pertama yang mengorbit Bumi, di atas melalui kapal angkasa Soviet Sputnik 2.

Haiwan
Sumber: Reddit

Tujuan Laika dihantar ke angkasa adalah untuk saintis Soviet mengkaji apa yang akan berlaku kepada tubuh manusia selepas pelancaran dan penerbangan di ruang angkasa lepas.

Laika diterbangkan dengan bekalan oksigen selama tujuh hari dan satu bekalan makan. Kerajaan Soviet mendakwa Laika terselamat selama tujuh hari di angkasa. Namun realitinya, Laika meninggal dunia lima jam dalam penerbangan kerana terlalu panas.

Sejak itu, beberapa misi mengunakan kucing, reptilia, primat, dan labah-labah untuk terbang ke angkasa telah dilakukan. Namun tidak semua misi berakhir dengan baik ada beberapa yang akhir dengan bencana yang membawa maut.

Namun, tanpa pengorbanan haiwan ini tidak mungkin kita dapat melihat manusia berani terbang ke angkasa.

Sumber: space.com, smithsonianmag

Total
0
Shares
Related Posts