Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Siapakah Nostradamus? Lelaki Digelar Nabi Abad Ke-16

Michel de Nostredame atau Nostradamus adalah seorang tabib perancis yang dikatakan mampu meramal masa hadapan dan digelar sebagai Nabi pada abad ke-16.

Pada 1555, Nostradamus telah menerbitkan buku puisi berjudul Les Propheties yang mengandungi pelbagai ramalan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, masyarakat ketika itu menganggap Nostradamus sebagai orang gila dan penipu tetapi ada juga pihak taksub dengan ramalannya.

Adakah ramalan Nostradamus benar berlaku?

Ramalan Nostradamus berlaku secara kebetulan, ini kerana ramalannya tidak mempunyai tarikh khusus. Malah ramalan itu dibangkitkan oleh mereka yang fanatik dengan teori konspirasi mengaitkan mana-mana kejadian dengan bait puisi dalam buku itu.

Antara ramalannya adalah peristiwa di antaranya kemunculan tokoh Adofl Hitler, Napeleon, kematian Puteri Diana, serangan teror 11 September 2001, dan kemenangan tokoh kontroversial menjadi presiden terpilih AS, Donald Trump.

Dengan ini boleh dikatakan tiada ramalan Nostradamus dapat digunakan untuk menjangka sesuatu peristiwa di masa hadapan, sebaliknya selepas peristiwa itu berlaku baru ia dikaitkan dengan puisinya.

Apa yang diramal oleh Nostradamus pada 2023?

Nostradamus meramalkan bahawa peperangan dan konflik bersenjata di eropah sekaligus menjadi punca kebuluran yang akan meningkatkan penghijrahan.

Tujuh bulan perang besar, orang mati melalui kejahatan

Nostradamus

Ramalan ini merujuk kepada perang Rusia dan Ukraine pada 24 Februari 2022 yang membuat berjuta-juta pelarian Ukraine berhijrah ke Eropah.

Malah, Nostradamus meramalkan letupan bom nuklear dan perubahan iklim ini akan menyebabkan pengurangan penduduk yang besar di banyak negara, terutamanya di Eropah.

Pendapat korang macam mana boleh percaya ke Nostradamus punya ramalan?

Sumber: DailyStar, Britannica

Total
0
Shares
Related Posts