Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Siapa Ibnu Batutah, Pengembara Terhebat Islam?

Bila bercerita tentang pengembara atau penjelajah mesti nama yang terdetik dalam fikiran adalah Christopher Columbus, Ferdinand Magellan, atau Marco Polo. Tapi tahukah anda terdapat seorang pengembara bernama Ibnu Batutah yang tidak mendapat tumpuan barat?

Dilahirkan pada tahun 1304 di pelabuhan Maghribi Tangier, Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah Al Lawati Al Tanji Ibn Batutah atau lebih dikenali sebagai Ibnu Batutah adalah pengembara Islam terhebat yang pernah ada.

Ibnu Batutah

Pengembaraan Ibnu Batutah bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan Tangier pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi.

Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Jun 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah.’

Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia.

Kisah pengembaraan Ibnu Batutah terbahagi kepada tiga perjalanan

Perjalanan Ibnu Batutah bermula dari Tangier pada 14 Jun 1325. Pada asalnya beliau mengembara berseorangan dengan niat ingin menunaikan Haji. Namun, ketika sampai di daerah Afrika Utara, dia bertemu dengan rombongan lain yang juga akan menunaikan Haji.

Ibnu Battutah kemudian meneruskan perjalanan ke Makkah, dan menunaikan ibadah Haji.

Pada perjalanan kedua pengembaraanya, Ibnu Batutah ke Syam dan Laut Hitam. Ibnu Batutah kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India.

Di India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Lanka, Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong.

Kemudian Ibnu Batutah mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.

Perjalanan akhir bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk Ibnu Juza menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur.

Baca Juga: Sebelum Darwin, Ada Ulama Bercerita Tentang Evolusi?

Namun, selepas kerjasamanya dengan Ibn Juza berakhir, Ibnu Batutah bersara dari jawatan kehakiman di sebuah bandar kecil wilayah Maghribi, di mana beliau meninggal dunia pada tahun 1368.

Ibnu Batutah digelar sebagai penulis pengembaraan terhebat, setelah mengembara lebih jauh daripada Marco Polo. Dalam karyanya, beliau memberikan gambaran yang tidak ternilai tentang masyarakat, mahkamah dan monumen agama di seluruh dunia.

Sumber: Tokoh & Pelayar Islam, Ibn Battuta (britannica), Ibn Battuta (history)

Total
0
Shares
Related Posts