Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang seorang pendakwah bebas menceritakan tentang cinta pertama Rasulullah SAW iaitu Ummu Hani binti Abu Talib menolak pinangan Rasulullah.
Dalam satu video, pendakwah berkenaan mendakwa bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali.
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut menjadi bualan ramai kerana sesetengah pihak hingga ada yang beranggapan bahawa kenyataan tersebut adalah palsu.
Kisah Ummu Hani menolak lamaran Rasulullah adalah benar
Untuk pengetahuan semua, Ummu Hani’ binti Abu Talib atau nama sebenarnya Fakhitah binti Abu Talib merupakan sepupu Baginda Nabi SAW dan puteri kepada Abu Talib (bapa saudara Baginda).
Dalam artikel Irsyad al-Hadith Siri ke-597: Status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW, Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan menjelaskan, kisah berkenaan Baginda melamar Ummu Hani atau nama sebenarnya, Fakhitah binti Abu Talib namun lamaran itu ditolak adalah benar.
Walau bagaimanapun, ia hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada tahun pembukaan kota Mekah.
Ia hanya berlaku sekali sahaja iaitu pada tahun pembukaan Kota Makkah, sewaktu beliau (Ummu Hani) memeluk Islam, sebagaimana diriwayatkan dalam Sahih Muslim.
Mufti WP
“Adapun bagi dakwaan dua lamaran yang berlaku sebelum Islam adalah tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah dan tidak layak dijadikan sandaran,” menurut laman web itu.
Kenyataan ‘first love’ Nabi tidak diketahui sumber asalnya
Menerusi dakwah disampaikan, beliau juga ada menyatakan bahawa Ummu Hani merupakan cinta pertama Nabi Muhammad SAW.
Walau bagaimanapun, JMWP tidak menjumpai sebarang ayat al-Quran, riwayat hadis ataupun ayat dari para sahabat (athar) yang menyebut selain menceritakan tentang cinta pertama Nabi SAW.
kami, tidak dijumpai mana-mana ayat al-Quran, riwayat hadis ataupun athar para sahabat yang menyebut apatah lagi menceritakan berkenaan cinta pertama Nabi SAW ini
Selidik sebelum menyebarkan sesuatu tentang Nabi
Kisah Nabi Muhammad SAW ini kadangkala diceritakan dengan ditokok tambah dan diambil dari riwayat yang palsu atau ditolak.
Adalah penting untuk memastikan setiap yang diperkatakan adalah sahih supaya tidak berlaku kepincangan dalam kalangan masyarakat serta apa yang dipegang oleh masyarakat.