Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tokoh-Tokoh Haluan Kiri Yang Berjuang Untuk Kemerdekaan

Tokoh Haluan Kiri

Bila bercerita tentang siapa pejuang kemerdekaan pasti nama tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Dato’ Jaafar Onn yang akan terlintas difikirkan.

Namun, tahukah anda ada beberapa pejuang kemerdekaan yang digeruni penjajah dan kurang mendapat penghargaan?

Berikut 5 tokoh-tokoh yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan bersama golongan moderate.

Dato’ Seri Dr. Burhanuddin Bin Ungku Muhammad

Tokoh

Dato’ Seri Dr. Burhanuddin Bin Ungku Muhammad Nor merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1956 hingga 1969. Burhanuddin telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan mewujudkan Melayu Raya yang menggabungkan Malaya-Indonesia.

Namun Burhanuddin akhirnya beralih arah ke PAS pada tahun 1956 dan digambarkan sebagai ‘nasionalis radikal’ dan pemikir Islam. Beliau kemudian dipenjarakan selama setahun di bawah ISA kerana di atas tuduhan menjadi ejen Indonesia dan menentang penubuhan Malaysia. Walau bagaimanapun beliau meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah.

Ibrahim Yaakub

Seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau adalah pelopor gerakan kebangsaan Melayu menentang penjajah Barat. Seorang nasionais yang gigih dan kental. Pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Beliau berjuang untuk melahirkan Melayu Raya iaitu gabungan Tanah Melayu-Indonesia. Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau penjajah dalam Perang Dunia Ke-2. Pengaruhnya yang kuat menyebabkan beliau dihalau ke Indonesia oleh Jepun 19 Ogos 1945. Kerjaya politik beliau di Indonesia dalam menentang penjajahan sangat cemerlang sehingga menjadikan beliau tokoh politik utama di zaman kemerdekaan Indonesia.

Ahmad Boestamam

Nama sebenarnya ialah Ahmad Thani bin Raja Kechil. Berasal dari Behrang, Perak. Beliau berjinak dalam bidang politik dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) tetapi tidak lama. Beliau juga adalah salah seorang pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang berhaluan kiri Melayu dan pro Indonesia. Beliau kemudian menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf dan memimpinnya.

Oleh kerana terlalu radikal API diharamkan pihak British. Beliau ditahan selama 7 tahun dalam tahanan politik. Sebaik keluar beliau menubuhkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bersama beberapa orang sahabat. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Setapak. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1983.

Zulkifly Muhammad

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Zulkifly Muhammad adalah salah satu tokoh yang berpendidikan dari Al-Azhar, Mesir. Setelah Zulkifly kembali ke Malaysia beliau ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO. Namun beliau menolak kerana merasakan dirinya tidak sesuai perjuangan yang bekerjasama dengan pihak penjajah, maka beliau memilih untuk menyertai PAS lalu diamanahkan sebagai Timbalan YDP PAS.

Beliau juga pernah menjadi Ahi Parlimen Bachok, Kelantan dan bertugas sebagai Pensyarah Kolej Islam Malaya. Beliau meninggal dunia dalam satu kemalangan sekembalinya dari mesyuarat di JKR 10, Kota Bharu. Jenazah beliau dikebumikan di Kuala Kangsar, Perak

Pak Sako

Ishaj Haji Muhammad atau Pak Sako dilahirkan pada 14 November 1909 di Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung. Tengah, Temerloh pada tahun 1919 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928 dan lulus Sijil Persekolahan Cambridge dalam tahun 1929 di Sekolah Inggeris Raub. Pada tahun 1930 melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar dan seterusnya memulakan perkhidmatan sebagai pegawai daerah bermula pada tahun 1931.

Baca juga: Mohamed Bin Hamzah: Pengasas Jalur Gemilang

Selepas tamat pengajian beliau dilantik sebagai Majistret di Bentong dan Rembau, Negeri Sembilan. Setahun kemudian ditukarkan pula ke Kuala sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada tahun 1935 bagi menumpukan usaha menuntut kemerdekaan.Ketika itu negara-negara di rantau Asia sedang bergelut bagi membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Pak Sako mengikutinya dengan penuh minat.

Beliau memilih kerjaya dalam kewartawanan bagi merealisasikan cita-citanya dan bertugas untuk Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang dan penterjemahan. Dari situ beliau bergiat dalam bidang penulisan.

Antara novel yang dikarang oleh Pak Sako adalah:

  •   Puteri Gunung Tahan
  •   Anak Mat Lela Gila 

Novel Puteri Gunung Tahan yang ditulis oleh beliau banyak menceritakan tentang keburukan orang barat yang cuba mengaut hasil bumi di Tanah Melayu. Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung Melaka,Hulu Langat Selangor.

Total
0
Shares
Related Posts