Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Mansa Musa, Individu Terkaya Sepanjang Zaman

Bila kita fikirkan siapa individu terkaya di dunia, mungkin nama seperti Elon Musk, Jeff Bezos, Bill Gates dan Gautam Adani terlintas di fikiran.

Tidak dinafikan, mereka adalah antara individu yang terkaya pada masa kini, tetapi bagaimana kalau kami beritahu ada individu terkaya pada zaman dahulu sehingga kekayaannya mampu mengalahkan orang kaya pada zaman kini?

Menurut ahli sejarah, orang terkaya yang pernah hidup di bumi adalah seorang lelaki bernama Mansa Musa, seorang raja empayar Mali pada abad ke-14.

Mansa Musa, Raja Empayar Mali

Di Mandinka, Afrika “Mansa” bermaksud sultan atau raja. Ia telah direkodkan bahawa Musa Keita dilahirkan sekitar 1280 AD semasa Dinasti Keita.


Musa dilahirkan dalam keluarga pemerintah dan berkuasa pada 1312 AD apabila abangnya Mansa Abu-Bakr diturunkan takhta selepas hilang ketika melakukan ekspedisi di laut.

Menurut ahli sejarah Shibab al-Umari, Abu-Bakr pergi ke lautan atlantik bersama 2,000 armada kapal dengan beribu-ribu lelaki, wanita dan hamba tetapi dia tidak pernah kembali.

Baca Juga: Siapa Ibnu Batutah, Pengembara Terhebat Islam?

Mansa Musa menjadi sultan kesembilan kerajaan Afrika Barat, yang sudah dianggap sangat kaya pada masa baginda dinaikkan takhta.

Kerajaan kaya dengan garam, emas dan tanah

Ahli sejarah menganggarkan bahawa Empayar Mali pada ketika itu merupakan pengeluar emas terbesar di dunia, memiliki lebih separuh daripada jumlah bekalan dunia.

Dengan Musa, Kekayaannya terus melonjak dengan hasil perdagangan melombong garam emas, dan gading gajah.

Bukan itu sahaja. Di bawah pemerintahannya, kerajaan itu berkembang dengan pesat, sejauh 3,000km (1,864 batu) dari Lautan Atlantik ke Niger, menggabungkan lebih 24 bandar, termasuk Timbuktu.

Dilaporkan bahawa dia tidak pernah kalah dalam pertempuran dan kebanyakkan wilayah di Afrika menyertai Empayar Mali secara rela untuk kualiti hidup yang lebih baik.

Perjalanan Musa menunaikan Haji

Sebagai seorang Muslim, Musa melakukan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan Haji pada 1324-1325, Perjalanan itu membawa Musa melalui padang pasir Sahara dan Mesir, sampai ke Kaherah, di mana Musa telah memberikan wang tunai dan emas kepada rakyat mesir.

Difahamkan, beliau telah memberikan begitu banyak emas sehingga menjejaskan kestabilan ekonomi tempatan dan menyebabkan inflasi selama 10 tahun selepas pemergiannya.

Legasi Mansa Musa

Sekembalinya, Musa menjadikan misinya untuk menghidupkan semula kota-kota di bawah kerajaannya. Beliau bekerja dengan cendekiawan Islam, termasuk keturunan langsung Nabi Muhammad dan seorang penyair dan arkitek Andalusia bernama Abu Es Haq es Saheli, dan membayar mereka sehingga 200kg emas atas usaha mereka.

Beliau membina sekolah, perpustakaan dan masjid serta menjadi Timbuktu pusat budaya dan pendidikan orang Islam.

Walau bagaimanapun, Musa meninggal dunia pada 1337 pada usia 57 tahun dan digantikan oleh anak-anaknya. Namun empayar beliau runtuh tidak lama selepas pemergiannya.

Kaya sangat ke Mansa Musa?

Sesetengah ahli sejarah menganggarkan nilai bersih zaman moden Mansa pada AS$400 bilion hingga AS$500 bilion, walaupun agak sukar untuk mengira kekayaan berdasarkan emas, garam dan tanah.

Bagaimanapun, ramai ahli sejarah yang bersetuju bahawa tahap kekayaan Mansa Musa adalah “sangat kaya sehingga tidak dapat digambarkan oleh sesiapa”.

Namun begitu, Mansa Musa bukan sahaja diingati kerana segunung emasnya, tetapi juga kerana sikap pemurah dan juga sebagai seorang Islam yang membina pendidikan dan membiayai perkembangan budaya Islam dalam empayarnya.

Sumber: nationalgeographic, aboutislam

Total
0
Shares
Related Posts