Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Guru Rugi RM37,750 Akibat Iklan Kucing Di FB

Seorang guru di Alor Gajah, Melaka, mengalami kerugian hampir RM38,000 selepas terpedaya dalam penipuan penjualan kucing.

Wanita berusia 39 tahun tertarik dengan tawaran RM600 untuk kucing itu selepas melihat iklan dalam Facebook pada 23 Ogos lalu.

Menurut Harian Metro, mangsa membayar deposit RM300 ke akaun bank yang diberikan sindiket penipuan itu.

Sindiket itu kemudian memberitahu bahawa mangsa perlu membayar dengan jumlah RM37,750 untuk permit khas daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk membawa kucing itu masuk ke negara ini.

Wanita itu membuat laporan polis di balai polis Alor Gajah selepas menyedari sindiket itu memperdayanya.

Baca Juga: Love Scam Adalah Jenayah Tertinggi Di Malaysia

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur.

Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan segera menghubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika mereka percaya mereka telah ditipu.

Total
0
Shares
Related Posts