Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Perceraian Di Whatsapp Boleh Dikenakan Denda?

Perkahwinan bukanlah suatu hal yang mudah. Ia bukan hanya semata untuk memuaskan nafsu, namun di sebaliknya terdapat tanggungjawab untuk dipikul dan jika ikatan yang dibina tidak kukuh, ia boleh membawa kepada proses perceraian.

Perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Ini bermakna seteruk mana keadaan rumahtangga itu. Pasangan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.

Namun, tahukah anda jika perceraian tanpa pengesahan mahkamah, suami boleh dijatuhi hukuman denda?

Perceraian di luar mahkamah adalah kesalahan jenayah syariah

Melafazkan cerai samada talak 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.

Menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), seorang suami yang ingin menceraikan isterinya perlulah mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum sesuatu lafaz yang bermaksud untuk bercerai boleh dilakukan.

Baca Juga: Puteri Sarah Dedah Pernah Dipukul? Syamsul Enggan Bercerai

Namun, jika suami melafazkan cerai tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada mahkamah syariah.

Seorang suami boleh dijatuhi hukuman di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Seksyen 124 iaitu penceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.

Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”

Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

Jadi macam mana jika suami sudah lafazkan cerai?

perceraian

Menurut JAWI, jika seorang suami sudah melafazkan cerai terhadap isterinya sama ada secara lisan yang jelas (lafaz soreh) atau lafaz secara kiasan (lafaz kinayah). Maka suami atau isteri perlu membuat pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum ianya boleh didaftarkan di pejabat agama.

Susulan itu, JAWI Jawi berpesan kepada para suami di luar sana sentiasa beringat dan jangan sewenang-wenang untuk melafazkan cerai.

Sumber: Twitter, esyariah

Total
0
Shares
Related Posts