Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Apa Itu Inflasi? Bagaimana Ia Berlaku?

Pernah tak anda terfikir kenapa harga nasi lemak kosong yang dahulunya rm0.50 sen kini meningkat dan berharga satu ringgi atau dua ringgit? Jika anda ingin tahu fenomena ini digelar sebagai inflasi, iaitu kenaikan harga yang berlaku pada barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa. 

Apa itu Inflasi?

Secara umumnya, inflasi merujuk kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Ini bemaksud, barangan yang dapat dibeli oleh setiap ringgit akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi. Ini bermakna RM1 pada hari ini tidak dapat membeli barang yang sama seperti semalam.

Bayangkan anda mempunyai minuman kegemaran iaitu ‘kopi’ yang anda beli dengan harga satu ringgit. Anda menyukai minuman itu dan membelinya setiap minggu.

Namun, beberapa bulan kemudian, anda pergi membeli minuman kesayangan anda, tetapi kali ini harganya adalah RM1.50. Itu 50% lebih daripada yang anda bayar dahulu.

Kenaikan harga minuman ini adalah contoh inflasi. Ia berlaku kerana kos untuk membuat dan menghasilkan barangan tersebut meningkat, atau disebabkan ada segelintir sanggup membayar lebih.

Inilah sebabnya mengapa orang sering mengatakan bahawa ‘inflasi menjejas kuasa pembeli.’ Maknanya nilai ringgit sebelum ini tidak boleh membeli barangan yang banyak seperti nilai ringgit dulu.

Jenis barangan mengukur inflasi?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, senarai jenis barangan yang dijadikan sebagai kumpulan untuk mengukur kadar inflasi:

  1. Makanan dan Minuman Bukan Beralkohol
  2. Minuman Beralkohol dan Tembakau
  3. Pakaian dan Kasut
  4. Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
  5. Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
  6. Kesihatan
  7. Pengangkutan
  8. Komunikasi
  9. Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
  10. Pendidikan
  11. Restoran dan Hotel

Walau bagaimanapun, apabila inflasi mengalami kenaikkan ini tidak bermakna keseluruhan barangan serta perkhidmatan turut mengalami kenaikan harga. Sebaliknya hanya barangan tertentu yang mengalami kenaikkan.

Kesan terhadap pengguna

Inflasi biasanya diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI) atau Indeks Harga Pengeluar (PPI). Walaupun tahap inflasi sederhana dan terkawal. Namun, ia tidak boleh diramalkan jika ia membawa kesan positif atau negatif.

Kos Sara Hidup Meningkat.

Inflasi boleh menyebabkan peningkatan kos sara hidup. Apabila harga meningkat, pengguna perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk barangan harian seperti makanan, pakaian dan pengangkutan. Ini boleh memberi kesan kepada belanjawan pengguna dan menjadikannya lebih mencabar untuk membeli barang keperluan.

Simpanan Berkurang

Ia juga boleh memberi kesan negatif kepada simpanan rakyat. Jika kadar faedah pada akaun simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi, nilai sebenar simpanan akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Ketidakpastian & Pelaburan Berkurangan

Inflasi yang tinggi atau tidak menentu mewujudkan ketidaktentuan dalam ekonomi, menyukarkan pelabur untuk merancang dan melabur untuk masa depan. Ini boleh menyebabkan pelaburan berkurangan, yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi.

Pergolakan Sosial & Politik

Inflasi yang tinggi secara berterusan boleh membawa kepada pergolakan sosial dan politik, kerana ia boleh memburukkan lagi ketidaksamaan pendapatan dan mewujudkan kesusahan ekonomi bagi penduduk yang terdedah.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa inflasi sederhana biasanya disasarkan oleh bank pusat dan kerajaan, kerana ia dianggap kondusif untuk pertumbuhan dan kestabilan ekonomi.

Namun, mengekalkan inflasi dalam julat yang munasabah adalah tindakan yang halus, kerana kadar inflasi rendah dan tinggi boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi.

Sumber: Investopedia, IMF

Total
0
Shares
Related Posts