Siapa sahaja tidak tahu akan siri animasi lagenda yang bernama ‘Keluang man’. Siri animasi itu menjadi popular pada era 1980-an dan kini menjadi nostalgia rakyat Malaysia.
Tapi korang tahu tak yang didalam siri animasi tersebut terdapat tiga Keluang man dan bukan Borhan sorang je yang jadi keluang man?
Kalau korang nak tahu Val Val ni adalah keluang man yang pertama dan juga seorang inspektor polis Dramendra.
Dramendra telah memalsukan kematian Val Val dengan menanam baju Keluang man dengan tengkorak misteri, selepas kakinya ditembak sindiket.
Jadi siapa Keluang man yang ketiga? Keluang man yang ketiga adalah seorang wanita bernama Rashika yang mencari Borhan kerana menganggapnya telah menyamar menjadi Val Val.
Menariknya, Borhan pernah berjumpa dengan pasangan tersebut tetapi dia tak tahu bahawa pasangan tersebut adalah pasangan Keluang man.
Kalau korang nak tengok tentang Val Val dan Rashika, korang boleh tonton episode 14 dan 15 musim 2 Keluang Man.
Untuk makluman, Keluang-Man versi ‘live action’ ini diterbitkan oleh Astro Shaw dan bakal diarahkan pengarah siri High Council dan juga penulis filem Polis Evo, Anwari Ashaf Hashim.