Serangan asid ialah satu bentuk keganasan, di mana asid atau bahan penghakis lain dilemparkan kepada seseorang. Niat penyerang selalunya untuk menimbulkan sakit daripada membunuh mangsa.
Dari segi sejarah, “serangan asid” telah dikaitkan dengan niat membalas dendam. Bagaimanapun, baru-baru ini, serangan tersebut dikaitkan dengan budaya sindiket dan dadah.
Namun, jika anda mendapati diri anda terperangkap dalam insiden serangan asid, apa perkara yang anda perlu lakukan?
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh anda bagi mengelakkan kesan melecur pada badan mangsa merebak.
- Mengalirkan air pada bahagian terkena asid secepat yang mungkin. Mengalirkan air selama sekurang-kurangnya 20 minit.
- Potong atau tanggalkan pakaian yang terkena simbahan asid.
- Gunakan sabun pada bahagian melecur jika ada kerana bahan yang bersifat alkali itu akan menyebabkan tindak balas bersama asid menjadi neutral.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk anda menghubungi 999 dengan segera supaya dapat diberikan pertolongan cemas.