Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Siapa Ismail Haniyeh? Ketua Politik Hamas Yang Dibunuh Di Iran

Ismail Abdulsalam Ahmed Haniyeh ialah seorang tokoh politik Palestin yang dilahirkan pada 29 Januari 1963 di kem pelarian Al-Shati di Semenanjung Gaza. Beliau adalah ahli terkemuka pergerakan Hamas dan telah berkhidmat dari mula penubuhan parti politik itu.

Haniyeh menamatkan pendidikan menengahnya di Gaza sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Gaza, di mana beliau memperoleh ijazah dalam Kesusasteraan Arab pada tahun 1987.

Semasa pengajiannya, beliau aktif dalam aktiviti politik dan terlibat dalam gerakan penentangan Palestin.

Namun pada tahun 1989, dia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Israel dan dipenjarakan selama tiga tahun. Selepas dibebaskan, beliau terus aktif dalam aktiviti politik dan menjadi salah seorang tokoh utama Hamas di Gaza.

Ismail Haniyeh terpilih untuk menjadi Perdana Menteri Palestin

Pada tahun 2006, Haniyeh telah dipilih sebagai Perdana Menteri Palestin selepas Hamas memenangi pilihan raya perundangan.

Bagaimanapun, disebabkan ketegangan politik antara Hamas dan Fatah, kerajaannya tidak diiktiraf oleh banyak negara dan beliau dipecat daripada jawatan oleh Presiden Mahmoud Abbas pada 2007, walaupun beliau mengekalkan kedudukannya di Gaza.

Sehingga 2017, Haniyeh telah dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas, menggantikan Khaled Meshaal. Beliau memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dan dasar Hamas, serta dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi berkaitan isu Palestin.

Haniyeh di bunuh di Tehran, Iran

Pada 31 Julai 2024, Ismail Haniyeh meninggal dunia di Tehran, Iran selepas menghadiri majlis perasmian Presiden Iran Masoud Pezeshkian. Berdasarkan berita daripada Al-Jazeera, dia dibunuh oleh peluru berpandu dari luar Iran, disyaki berasal dari Israel

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak memberi sebarang komen tentang pembunuhan tersebut.

Total
0
Shares
Related Posts