Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Nakba 15 Mei 1948: Malapetaka Bumi Palestin

Nakba adalah satu tragedi yang berlaku di bumi palestin pada tanggal 15 mei 1948.

Peristiwa itu menjadi sejarah detik hitam kerana berlakunya pembunuhan dan pengusiran terhadap warga palestin.

Namun, bagaimana konflik Arab-Israel itu berlaku?

Bagaimana tragedi Nakba berlaku?

Sedikit sorotan sejarah, selepas Uthmaniyah tumbang dalam perang dunia pertama, Palestin menjadi wilayah jajahan British dengan hasil perjanjian penjajah penipu Sykes-Picout 1916 dan Perjanjian Balfour 1917.

Perjanjian itu kemudiannya dimasukkan dalam mandat British di Palestin. Projek hijrah bangsa Yahudi Eropah ke Palestin.

Penghijrahan orang Yahudi ke Palestin, mewujudkan ketegangan yang akhirnya meletuskan keganasan antara kaum. Polisi anti-Yahudi Nazi yang membawa kepada Perang Dunia II memburukkan keadaan & semakin ramai Yahudi masuk ke Palestin.

Keganasan berlaku, British lepas tangan, dan resolusi pemisahan Palestin pada November 1947.

Setelah mendapat sokongan kerajaan British untuk mewujudkan negara Yahudi di Palestin, pada 14 Mei 1948. Belum sempat Mandat British tamat, tentera Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Israel, mencetuskan perang Arab-Israel yang pertama.

Peperangan itu menjadi titik permulaan operasi pembersihan etnik dipanggil ‘Nakba’ oleh Zionis, yang menyaksikan lebih 750,000 orang Palestin diusir dari tanah sendiri. Serta-merta juga negara-negara Arab melancar tindakan ketenteraan menentang kebiadaban Zionis itu, mencetuskan Perang Arab-Israel yang pertama

Peperangan berterusan sehingga Februari dan Julai 1949. Susulan itu gencatan senjata berasingan antara Zionis dengan setiap negara Arab terlibat, perbatasan sementara ditetapkan antara wilayah dikuasai Zionis dengan negara jirannya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Israel tidak berhenti menjarah dan menjajah bumi palestin.

Sumber: Al Jazeera, Britannica

Total
0
Shares
Related Posts