Pada hari ini 1957, Upacara Pengisytiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pula dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi.
Pengisytiharaan itu dilakukan di hadapan Raja-Raja Melayu dan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel.
Dalam detik yang penuh bersejarah itu, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharan kemerdekaan dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan disambut dengan semangat oleh rakyat yang menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat dan merdeka.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diiringi dengan lagu ‘Negaraku’ diikuti pula dengan seruan azan dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris sejak lebih 170 tahun.
Baca juga: Tokoh-Tokoh Haluan Kiri Yang Berjuang Untuk Kemerdekaan
Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah membuka satu buku baru untuk rakyat Malaysia terus mara ke hadapan mengambil tempat sebagai negara yang bebas.
Sumber: Arkib Negara