Hampir mustahil untuk membayangkan Jalur Gemilang dikibarkan tanpa alunan indah Negaraku. Alunan lirik ‘tanah tumpahnya darahku’ telah dipupuk kedalam hati dan minda rakyat Malaysia.
Tapi tahukah sebelum lagu ‘Negaraku’ menjadi lagu kebangsaan Malaysia. Benjamin Britten seorang komposer terkenal dunia pernah diarah Tunku Abdul Rahman untuk membuat lagu kebangsaan untuk Malaysia?
Pencarian Lagu Kebangsaan
Pemilihan Negaraku sebagai lagu kebangsaan pada tahun 1957, ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bukanlah satu keputusan yang mudah. Atas nasihat Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman, satu pertandingan di seluruh dunia telah dilancarkan untuk mencari lagu kebangsaan yang sempurna.
Kerajaan Malaysia juga telah mempelawa beberapa komposer terkenal untuk mengemukakan karya mereka untuk dipertimbangkan. Antaranya ialah Sir William Walton, yang terkenal kerana mengarang perarakan pertabalan Ratu Elizabeth II, Gian Carlo Menetti dan Zubir Said, yang kemudiannya mencipta lagu kebangsaan Singapura, Majulah Singapura.
Baca Juga: Mohamed Bin Hamzah: Pengasas Jalur Gemilang
Seorang lagi komposer terkenal itu adalah Benjamin Britten, seorang tokoh terkemuka dalam muzik klasik British pada abad ke-20.
Benjamin Britten dan gubahannya
Semasa berada di Malaysia, Britten cuba mencipta lagu kebangsaan yang sesuai untuk negara. Bagaimanapun, dia bergelut selama dua hari tanpa kejayaan dan akhirnya menghasilkan apa yang dia sendiri panggil sebagai “curious and rather unsuccessful job” Gubahannya tidak bergema dengan bunyi tempatan, dan ia kelihatan jauh menangkap intipati Malaysia.
Setelah mendengar lagu gubahan Britten, kerajaan Malaysia meminta agar Britten memyelitkan lagu itu dengan irama tradisional. Britten dengan berat hati akur, tetapi Britten menyifatkan muzik tradisional Malaysia sebagai “bunyi paling ganjil” yang pernah dia dengar, mencerminkan pemikiran penjajah pada masa itu.
Lagu Britten Ditolak & Digunakan Gubahan Allahyarham Saiful Bahri
Kerajaan Malaysia telah menolak karya itu kerana mereka teragak-agak untuk menerima lagu yang dikarang oleh seorang Inggeris selepas mendapat kemerdekaan daripada British.
Namun, ciptaan lagu Saiful Bahri dipilih sebagai pemenang dengan hadiah wang RM1,000 pada 1956. Lagu Kebangsaan itu asalnya lagu negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang digubah Allahyarham menjadi lagu kebangsaan ketika itu.
Sumber: BBC, Jabatan Penerangan