Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Anak Kucing Ini, Tidak Mempunyai Jantina?

Comel Anak Kucing Ni…

Seperti umum tahu, haiwan hanya mempunyai dua jantina iaitu sama ada jantan mahupun betina. Namun berbeza dengan seekor kucing ini.

Kucing bernama Hope dilaporkan tidak mempunyai jantina kerana tidak mempunyai organ seks, sekaligus menjadi kes pertama seumpamanya berjaya dikesan oleh doktor.

Menurut laporan, pada awalnya dianggap sebagai kucing betina. Namun, selepas didaftarkan ke pusat perlindungan Cats Protection di Warrington, England.

Baca Juga: Laika: Haiwan Pertama Yang Terbang Di Angkasa Lepas

Doktor kemudiannya gagal mengesan organ seks haiwan ini selepas membuat pemeriksaan rapi

Menjadi kes pertama seumpamanya berjaya dikesan oleh doktor.

kucing

Keadaan yang berlaku ini adalah kes pertama dan ia disebut sebagai agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang semasa proses kelahirannya.

Ini sangat jarang berlaku sehingga tidak ada istilah yang biasa digunakan untuk keadaan ini, tetapi kami simpulkan ia sebagai agenesis organ seksual, iaitu kekurangan atau kegagalan perkembangan organ badan.

Tetapi di sebalik anatominya yang unik, Hope tidak mempunyai masalah pergi ke tandas dan keadaan sangat sihat.

Total
0
Shares
Related Posts