Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Deklarasi Balfour, Punca Bumi Palestin Dirampas Israel?

Pada 2 November 1917, terdapat perjanjian yang dikeluarkan oleh Kerajaan British untuk menyokong penubuhan ‘national home‘ untuk orang Yahudi di Palestin. Perjanjian itu dibuat oleh Setiausaha Luar Arthur Balfour kepada komuniti Yahudi Britain.

Perjanjian ini dikenali sebagai “Deklarasi Balfour”, ia juga dianggap sebagai salah satu perjanjian yang paling kontroversi dalam sejarah dunia Arab.

Kenapa British buat perjanjian Deklarasi Balfour?

Berikutan kekalahan Empayar Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama. Kerajaan British segera merangka penghijrahan orang-orang Yahudi ke Palestin.

Hasilnya berlaku perjanjian Deklarasi Balfour pada 1917. Dalam deklarasi tersebut Setiausaha Luar British Arthur Balfour memberitahu Lord Lionel Walter Rothschild, pemimpin utama pergerakan zionis Yahudi bahawa Kerajaan British berpandangan bahawa Palestin sesuai untuk dijadikan sebuah negara untuk orang-orang Yahudi.

Kerajaan Baginda telah memihak kepada penubuhan di Palestin sebuah rumah kebangsaan bagi orang-orang Yahudi.

Arthur Balfour

Arthur Balfour juga menyatakan bahawa Kerajaan British berjanji akan melakukan segala usaha untuk memudahkan pencapaian objektif ini.

British mula memudahkan penghijrahan orang Yahudi Eropah ke Palestin secara beransur.

Antara tahun 1920-an dan 1940-an, bilangan orang Yahudi yang tiba di bumi Palestin mula meningkat, dengan ramai yang melarikan diri daripada Holocaust Nazi dalam Perang Dunia Kedua.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah menimbulkan satu masalah apabila orang Yahudi mula melakukan keganasan terhadap rakyat pribumi dan menentang pemerintahan British.

Pada tahun 1947, Persatuan Bangsa Bersatu membuat keputusan untuk memecahkan negara Palestin kepada dua, dengan Baitulmaqdis menjadi ibu kota orang Yahudi.

Rancangan itu diterima oleh pemimpin Yahudi tetapi ditolak oleh pihak Palestin kerana menggangap perjanjian itu tidak wujud.

Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, tekanan untuk menubuhkan negara Yahudi semakin meningkat

Pada tahun 1948, British menarik diri daripada negara tersebut kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di bumi Palestin. Pemimpin Yahudi kemudian mengisytiharkan penciptaan Negara Israel.

Ia bertujuan untuk menjadi tempat perlindungan yang selamat bagi orang Yahudi yang melarikan diri daripada perang dan penganiayaan.

Selepas Israel mengisytiharkan Palestin sebagai tanah air bagi orang Yahudi, tanah milik rakyat Palestin telah dirampas oleh kumpulan zionis Yahudi di mana kumpulan tersebut telah menghalau ratusan ribu rakyat Palestin yang kemudiannya telah menubuhkan negara haram Israel. Peristiwa kejam tersebut diisytiharkan oleh rakyat Palestin sebagai “Nakba“.

Disebabkan itu, lima negara Arab mengisytiharkan perang terhadap Israel dan hasilnya Jordan berjaya mengambil tanah di Tebing Barat, dan Mesir mengambil tanah di semenanjung Gaza.

Namun, Baitulmaqdis terbahagi dua iaitu Israel di Barat, dan pasukan Jordan di Timur.

Kerana tidak pernah ada perjanjian damai maka berlaku lebih banyak peperangan dan pertempuran sehingga ke harini.

Total
0
Shares
Related Posts