Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kod Yang Digunakan Keluarga Diraja Apabila Mangkat

Keluarga Diraja

Apabila anda seorang pemerintah seperti Ratu Elizabeth II, pengebumian anda telah dirancang sebelum anda meninggal dunia. Pengebumian Ratu Elizabeth II telah diatur sejak tahun 1960-an lagi. Malah terdapat cara untuk membuat pengumuman kemangkatan raja atau ratu kepada seluruh dunia dan bagaimana penggantian kuasa akan berlaku. Keluarga diraja British juga membentuk sistem kata kod untuk kematian ahli.

Kenapa kemangkatan Keluarga Diraja memerlukan kod?

Kod untuk kematian diraja bermula sejak kematian bapa Ratu Elizabeth II, King George VI pada tahun 1952. Pada masa itu, kodnya ialah “Hyde Park Corner,”. Malah, Ibu Ratu, Queen Elizabeth The Queen Mother juga mempunyai kod kematian iaitu “Operation Tay Bridge” yang terletak di Dundee, Scotland.

Sistem itu disediakan apabila berlaku kematian atau kecemasan terhadap ahli keluarga diraja. Dengan cara itu, ahli keluarga dan kakitangan kerajaan boleh menerima maklumat tanpa menyebabkan gangguan awam yang besar.

Jom, kita lihat nama kod Keluarga Diraja yang digunakan sekiranya berlaku kematian keluarga diraja atau kecemasan.

Operasi London Bridge & Operasi Unicorn – Ratu Elizabeth II

Baginda Permaisuri mempunyai beberapa nama kod yang berbeza. Namun apabila bercerita tentang kemangkatan baginda. kod nama Ratu Elizabeth dipilih sebagai Operasi London Bridge.

Tidak mengejutkan bahawa jambatan yang digunakan untuk menandakan kematian Ratu Elizabeth adalah jambatan yang paling penting di Britain.

Khususnya, apabila frasa “London Bridge is Down” ​​telah diletakkan untuk memberi amaran kepada keluarga dan kakitangan bahawa permaisuri telah meninggal dunia dan protokol sedang dijalankan.

Baca juga: Ratu Elizabeth II Mangkat Di Usia 96 Tahun

Bukan itu sahaja, terdapat kod untuk Ratu Elizabeth jika baginda mangkat di Scotland, ia akan dipanggil sebagai Operasi Unicorn.

Seperti kita tahu, Baginda telah mangkat di Istana Balmoral di Scotland, jadi ini adalah kod yang digunakan. Menurut protokol, kerandanya akan dibawa ke Katedral St. Giles di Royal Mile Edinburgh sebelum kereta api membawa ratu ke London.

Operasi Forth Bridge – Putera Philip

Duke of Edinburgh, Putera Philip, telah mangkat pada usia 99 tahun. Jambatan yang digunakan sebagai kata kod merujuk baginda mangkat dan pengebumian beliau adalah ‘Operasi Forth Bridge’.

Pelan kebangsaan untuk mengendalikan kemangkatan Duke digelar Operasi Forth Bridge, operasi dinamakan sempena Jambatan Forth berhampiran Edinburgh, bandar pemerintahannya.

Operasi Menai Bridge – Raja Charles III

Raja baharu, Raja Charles III, mempunyai perkataan kod kematian “Operasi Menai Bridge.” nama itu bersempena jambatan gantung yang terletak di Wales, kod itu dipilih kerana bersesuai dengan gelarannya sebagai Putera Wales.

Apabila Raja Charles mangkat, baginda juga akan mempunyai protokol khusus. Begitu juga dengan pertabalan mempunyai kod “Operasi Golden Orb.

Tiada kod kematian untuk keluarga diraja generasi baharu

Walau bagaimanapun, tiada kod kematian untuk keluarga diraja generasi muda diraja, tetapi mereka masih mempunyai nama kod apabila mereka berada di khalayak ramai.

Sumber: cosmopolitan, theguardian

Total
0
Shares
Related Posts