Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Hajarul Aswad Pernah Dicuri Selama 23 Tahun?

Hajar Aswad adalah batu yang diturunkan dari syurga. Batu itu dianggap suci dan diletakkan di penjuru Kaabah.

Apabila bila menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Jemaah mesti akan mengambil peluang untuk mencium atau memegang Batu Hajarul Aswad.

Jika anda membaca sejarah, anda akan dapati bahawa Batu Hajarul Aswad pernah hilang selama 22 tahun. Bagaimana ia berlaku?

Siapa curi Hajar Aswad?

Tidak ramai yang tahu bahawa batu hitam itu dicuri dari Makkah selama 23 tahun! Orang-orang Qaramitah mencurinya pada Januari 930. Batu itu telah dicuri dan dibawa ke pangkalan Hajar mereka (sekarang Bahrain) oleh Abu Tahir al-Jannabi.

Abu Tahir al-Jannabi adalah seorang penguasa Qarmitah dari Bahrain. Saudaranya Abu Saʿid Hasan ibn Bahram al-Jannabi adalah pengasas negara Qarmatian. Abu Tahir menjadi pemimpin pada tahun 923.

Dia juga adalah pengikut Syiah Isma’iliya (salah satu cabang Syiah). Pada tahun 930 masihi, Abu Tahir telah melakukan kekufuran dengan menyerang kota suci Mekah. 

Kenapa Abu Tahir curi Batu Hajarul Aswad?

Ketika tentera Abu Tahir menjarah Ka’bah, memusnahkan bangunan, rumah-rumah, dan mayat jemaah haji dibuang ke dalam telaga Zam-zam sementara yang lain mati dibiarkan di jalan-jalan.

Abu Tahir kemudiannya mengambil Hajar Aswad dan membawanya ke Masjid al Dirar untuk dijadikan sebagai tempat suci dan mengalihkan haji dari Makkah ke Masjid al Dirar.

Selepas kejadian itu, Bani Abbasiyah melakukan usaha-usaha untuk dapatkan balik Hajar Aswad.

Walau bagaimanapun, batu Hajarul Aswad dikembalikan ke Mekah hanya berlaku selepas Abu Tahir meninggal dunia. Namun, ketika dikemballikan batu itu telah dipecahkan kepada tujuh bahagian.

Untuk makluman, pada abad ke-11 Hajarul Aswad hampir dimusnahkan oleh seseorang tetapi percubaan itu digagalkan. Pelakunya telah dibunuh di tempat kejadian oleh pengawal yang menjaga Hajarul Aswad.

Total
0
Shares
Related Posts