Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kota Al-Ula, Dianggap Terkutuk & Dijauhi Nabi

Baru-baru ini kecoh tentang pelakon tempatan Zulkifli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin memuat naik gambar dirinya melawat kota Al-ula. Gambar itu menerima kecaman kerana menurut netizen kota Al-Ula adalah kota larangan.

Tapi kenapa Nabi Muhammad SAW melarang kita menziarahi tempat tersebut?

Al Ula dikenali sebagai Mada’in Saleh

Mada’in Saleh (Kota Nabi Saleh A.S) juga dikenali sebagai kota Al-Hijr dalam Al-Quran adalah sebuah tapak kecil yang terletak di Utara Barat Saudi-Arabia berhampiran bandar Al-Ula.

Menurut al-Quran, kota-kota ini didiami oleh kaum Thamud. Buku sejarah menyebut kawasan ini didiami oleh tamadun Nabataean sekitar 6 SM hingga 4 Masihi. Sama ada Thamud berasal dari tamadun Nabataean masih tidak diketahui.

Mada’in Saleh dalam Al-Quran

Nama ‘Thamud’ dan ‘Al-Hijr’ disebut dalam Al-Quran bersama dengan apa yang berlaku dengan penduduk wilayah itu berhampiran Al-Ula.

Allah SWT telah mengutus Nabi Saleh (A.S.) untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan menjauhi kepercayaan mereka kepada berhala dan pelbagai amalan jahat.

Baca Juga: Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Disebabkan Mesin Cetak?

Nabi Saleh berulang kali memperingatkan mereka supaya takut akan kemurkaan dan azab Allah. Namun, kaum Tsamud menolak amarannya kerana mereka berasa cukup bangga dan selamat kerana kubur besar dan binaan yang mereka pahat untuk diri mereka di pergunungan besar Al-Hijr atau Madain Saleh.

“Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal – dengan bijak dan bersungguh-sungguh?”

(Asy-Syu’araa’ 26:149)

Untuk menguji umat ini, Allah memerintahkan mereka supaya tidak membahayakan seekor unta betina yang dikirimkan-Nya kepada Nabi Saleh sebagai tanda dari Tuhan. Tetapi kerana kekufuran kaum Tsamud, mereka membunuh unta betina itu. Ini mengundang kemurkaan Allah kepada mereka dan membinasakan mereka semua dalam gempa bumi.

Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

(Asy-Syu’araa’ 26:157)

Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

(Asy-Syu’araa’ 26:158)

Nabi melarang umatnya untuk melawat Al-Ula

Melalui ajarannya, Nabi Muhammad menghalang umatnya untuk melawat tempat-tempat seperti ini kerana ini adalah tempat di mana azab Allah diturunkan kepada manusia.

Baginda bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan ALLAH) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian”

Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu.

Kini tempat yang dikutuk dan dijauhi Rasullulah dijadikan tempat pelancongan oleh Arab Saudi kerana kepentingan sejarahnya dan keindahan makam dan struktur besar. Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meletakkan Mada’in Saleh dalam senarai Tapak Warisan Dunia.

Sumber: Surah.My, Islam Information

Total
0
Shares
Related Posts