Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah Disebabkan Mesin Cetak?

Empayar Uthmaniyyah, terkenal dengan warisan budaya dan sumbangan dalam sejarah Islam. Uthamaniyyah dikatakan mempunyai kuasa yang kuat yang menjangkau peradaban lain.

Ramai orang percaya bahawa kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah disebabkan larangan dan lewat dalam mengunakan teknologi mesin cetakan.

Namun, tahukah anda mesin cetak pertama di Empayar Uthmaniyyah bermula pada zaman yang sama di Eropah?

Dalam artikel ini, kami akan membongkar mitos dan menjelaskan realiti sebenar mesin cetak di Empayar Uthmaniyyah.

Empayar Uthmaniyyah haramkan mesin cetak?

Satu tanggapan yang salah adalah bahawa mesin cetak telah diharamkan sepenuhnya dalam Empayar Uthmaniyyah. Walaupun benar bahawa percetakan menghadapi tentangan awal daripada Sultan. Namun Sultan tidak melarangnya.

Sultan Bayezid II hanya mengeluarkan, titah melarang pencetakan dalam aksara Arab, atau Turki, dan mencetak secara terang-terangan pada 1485. Selepas mendapat tahu bahawa penyelewengan dalam tafsiran Al-Quran telah dilakukan orang Venice.

Maka, kerajaan Uthmaniyyah menjadi kritikal terhadap mesin cetak dan melaksanakan dasar untuk menangani isu ini.

Baca Juga: Tahun 536 Adalah Terburuk Dalam Sejarah Dunia

Ramai fuqaha Uthmaniyyah mencadangkan pelbagai jawapan dan akhirnya memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan pencetakan teks agama melalui mesin tersebut.

Buku pertama dicetak adalah Arba-ah Turim

Menurut sumber buku pertama dicetak di pada disember 13, 1493. Buku itu berjudul Colophon of he Arba-ah Turim. Buku ini adalah dasar undang-undang Yahudi yang ditulis oleh Rabbi Jacob ben Asher, dan buku ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan Empayar Uthmaniyyah.

Empayar Uthmaniyyah

Walaupun, buku berunsurkan keagamaan telah dilarang untuk dicetak. Namun ahli sejarah percaya bahawa buku ini telah dilesenkan oleh Sultan Bayezid II.

Jadi betul ke mesin cetak jadi punca kejatuhan Empayar Uthmaniyyah?

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk cabaran politik, ekonomi, dan sosial. Walaupun mesin cetak memainkan peranan dalam membentuk wacana awam, ia hanyalah satu aspek kecil di antara banyak aspek lain yang menjadi punca kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

Sumber: Dailysabah, ageofinvention, JSTOR

Total
0
Shares
Related Posts