Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tun Abdul Razak Pernah Jadi Double Agent?

Dalam perang, perkara yang paling menakutkan bukanlah kekuatan pasukan pihak lawan akan tetapi musuh didalam selimut iaitu individu dalam agensi perisikan yang mengintip, membocorkan maklumat untuk membolehkan pihaknya mengatur strategi.

Namun, ia lebih menakutkan apabila seorang ejen perisik itu adalah double agent, individu yang berkhidmat untuk dua pihak.

Kalau korang nak tahu ketika Perang Dunia Kedua, Negara kita mempunyai seorang individu yang jadi double agent iaitu Bekas Perdana Menteri kedua kita iaitu Tun Abdul Razak

Macam mana Tun Abdul razak boleh jadi double agent?

Kalau korang nak tahu, kisah beliau menjadi double agent berlaku sebelum negara kita merdeka.

Ketika perang dunia kedua tercetus, Tun Abdul Razak sedang belajar di Kolej Stamford Raffles di Singapura. Walau bagaimanapun disebabkan ayahandanya sedang sakit beliau terpaksa pulang ke Kuantan, Pahang.

Kembalinya beliau ke Kuantan adalah permulaan kepada penglibatan beliau dalam Perkhidmatan Awam Malaya yang berada dibawah pentadbiran tentera Jepun.

Tun Abdul Razak di pilih kerana pengalaman beliau menguruskan urusan pentadbiran awam sewaktu di bawah naungan British. Pelantikkan tersebut dilakukan untuk melicinkan urusan harian pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang ditakluk oleh Jepun.

Di waktu penglibatan Razak Hussein dalam pentadbiran awam, beliau sertai pasukan Askar Wataniah yang ditubuhkan dibawah perkenan Sultan Pahang.

Tun Razak menjadi ejen risikan Askar Wataniah

Selepas Askar Wataniah Pahang ditubuhkan dengan perkenan Sultan Pahang, Yeop Mahidin dengan segera mengambil Tun Abdul Razak sebagai pemberi Maklumat kepada Askar Wataniah.

Disebalik beliau menjadi pengawai daerah Jepun. Tun Abdul Razak juga menjadi telinga Askar Wataniah dalam menyampaikan maklumat pergerakan tentera, berita-berita, maklumat-maklumat pentadbiran, dan maklumat risikan tentera Jepun kepada kumpulan Askar Wataniah.

Tahap beliau bertugas sebagai ejen perisik sangat hebat sehingga askar-askar wataniah pada masa itu melihat Tun Abdul Razak sebagai pengkhianat negara kerana bekerja sebagai pengawai daerah untuk Jepun waktu itu.

Walaupun tidak mempunyai catatan tentang bagaimana beliau membocorkan maklumat ketenteraan askar Jepun kepada askar wataniah akan tetapi impak yang diberikan itu membuatkan askar Wataniah menjadi sebahagian daripada pasukan Force 136.

Total
0
Shares
Related Posts