Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Hukuman Mati Kepada Perokok Zaman Uthmaniyyah

Penggunaan tembakau merupakan salah masalah kesihatan awam terbesar yang dihadapi dunia. Di Malaysia, kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok.

Orang pertama yang memperkenalkan tembakau ke Eropah secara besar-besaran ialah Sir Walter Raleigh dari England. Setelah itu, dunia menjadi ketagih kepada bahan yang memberi keseronokkan sehingga kini.

Walau bagaimanapun, tidak semua meminati budaya merokok, terutamanya Sultan muda Empayar Uthmaniyyah, Murad IV.

Kebencian bermula daripada peristiwa kebakaran besar pada 1633

Pada mulanya, Sultan Murad IV tidak suka akan budaya merokok kerana mengesyaki bahawa rakyat Istanbul berkumpul di sekitar kedai kopi untuk merokok dan merancang pemberontak terhadapnya.

Namun, kebenciannya bermula apabila berlakunya kebakaran yang disebabkan daripada rokok. Kebakaran itu berlaku pada tahun 1633 dan telah membuat satu perlima daripada kota Istanbul terbakar.

Bencana itu telah menyebabkan lebih daripada 20,000 rumah terbakar dan 50,000 orang kehilangan tempat tinggal. Ekoran daripada kejadian itu, sultan yang terkenal dengan ‘anger issue‘ telah menitahkan larangan keras terhadap penggunaan tembakau.

Hukuman mati terhadap mereka yang menggunakan tembakau

Sultan telah membuat satu undang-undang dimana menghisap tembakau boleh dikenakan hukum mati. Malah beliau menutup kedai-kedai kopi yang menjual tembakau.

Tembakau zaman kerajaan Uthmaniyyah

Larangan penggunaan tembakau di Istanbul terpakai sama rata kepada semua orang, daripada bangsawan hingga petani, malah warga asing.

Dikatakan hampir 20,000 orang dikenakan hukuman mati kerana tidak mematuhi undang-undang tersebut.

Murad IV memotong telinga duta Perancis

Larangan ketat itu tidak mengecualikan sesiapa pun di dalam empayar. Apabila seorang duta Perancis ditangkap merokok di pejabatnya, Murad IV mengarahkan tentera memotong telinganya dan menghantarnya ke Perancis.

Apabila Louis XIII dari Perancis bertanya kepada Murad IV tentang kejadian itu, sultan memberitahu Raja Louis XIII bahawa dia hanya memotong telinga duta bukan nyawanya kerana menghormati sekutunya.

Insiden itu menunjukkan sejauh mana Murad IV menyatakan kebenciannya terhadap merokok.

Larangan itu dimansuhkan pada tahun 1648 apabila Mehmed IV menjadi Sultan.

Selepas Sultan Mehmed IV menaiki takhta, larangan itu ditarik balik dengan “fatwa” oleh Shaykh al-Islam BahaĆ® Efendi.

Malah, tembakau mula ditanam semula di 41 bandar dan lebih 10,000 orang menyara hidup mereka daripada ladang dan pengeluaran tembakau.

Kini, tembakau Turki menjadi salah satu tembakau terkenal di dunia dan dijadikan sebagai hadiah berharga kepada mereka yang melancong ke luar negara.

Sumber: Daily Sabah, nytimes

Total
0
Shares
Related Posts