Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pallywood ‘Istilah’ Yang Digunakan Israel Untuk Tindas Palestin?

Pada 30 September 2000, Jamal al-Durrah dan anaknya Muhammad al-Durrah telah dibunuh di Semenanjung Gaza semasa protes dan rusuhan di seluruh wilayah Palestin terhadap tentera Israel.

Peristiwa itu telah dirakam oleh Talal Abu Rahma, seorang jurukamera televisyen Palestin yang bekerja bebas untuk France 2, ketika mereka terperangkap dalam pertempuran antara tentera Israel dan pasukan keselamatan Palestin.

Insiden itu dirujuk sebagai “al-Durrah affair” menjadi asas kepada istilah “Pallywood.” Sebuah akronim kepada “Palestin” dan “Hollywood,” yang merujuk pada cara rakyat Palestin mencipta berita palsu untuk menwujudkan propaganda anti-Israel.

Apa itu Pallywood?

Secara khususnya, istilah ini diciptakan oleh seorang professor di Universiti Boston iaitu Richard Landes dalam filem dokumentarinya bertajuk “Pallywood: According to Palestinian Sources”.

Baca Juga: Filem ‘Grave Of The Fireflies’ Berdasarkan Kisah Benar?

Filem itu menggambarkan taktik-taktik rakyat palestin dalam mementaskan peristiwa yang dianggap “peristiwa palsu” untuk menampil perjuangan rakyat Palestin dan mempromosikan sisi gelap pejuang Israel.

Kontroversi & Realiti yang berlaku di bumi Palestin

Penyokong Pallywood berpendapat bahawa rakyat Palestin sengaja mengadakan atau memanipulasi peristiwa untuk menggambarkan Israel secara negatif dan mendapat simpati antarabangsa.

Mereka mendakwa bahawa imej dan video yang ditangkap semasa protes atau pertembungan mungkin dibuat untuk mengukuhkan naratif yang berat sebelah terhadap pihak Israel.

Walau bagaimanapun, para ilmuwan berpendapat bahawa istilah Pallywood itu sendiri adalah alat propaganda. Ini kerana istilah itu digunakan untuk mengalihkan perhatian negara luar tentang penderitaan dan perkara yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Malah, istilah Pallywood, mempunyai kesan yang berkekalan terhadap persepsi orang ramai terhadap konflik Israel-Palestin. Sehingga kini, Israel telah melanggar hak asasi manusia dan bertindak kejam kepada rakyat Palestin. Namun perkara itu tidak mendapat liputan yang sepatutnya.

Sumber: decolonizepalestine, al jazeera

Total
0
Shares
Related Posts