Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jeffrey Dahmer: Pembunuh Bersiri Milwaukee

Drama jenayah terbaru Netflix ‘Dahmer-Monster: The Jeffrey Dahmer Story‘ telah mencuri tumpuan ramai sejak ia dikeluarkan pada 21 September. Drama itu mengisahkan kehidupan Jeffrey Dahmer, salah seorang pembunuh bersiri paling terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat.

Jeffrey Dahmer adalah pembunuh bersiri yang membunuh tujuh belas lelaki dari 1978 hingga 1991. Dia digelar sebagai ‘Milwaukee Cannibal‘ atau ‘Milwaukee Butcher‘ dan merupakan pembunuh bersiri yang paling dikehendaki di Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, Dahmer turut melakukan kesalahan seksual dan terlibat dalam kanibalisme dalam tempoh 13 tahun.

Cenderung dengan sifat sadis dari kecil

Jeffrey Dahmer dilahirkan di Milwaukee tetapi berpindah bersama ibu bapanya ke Doylestown, Ohio pada usia 6 tahun.

Baca juga: 5 Jenayah Misteri Yang Masih Belum Dirungkai

Menurut bapa Dahmer, Jeffrey telah menunjukkan sifat sadis sejak kecil. Dalam wawancara 2004 dengan CNN, bapa Dahmer memaklumkan anaknya pernah membedah haiwan dan mengumpul haiwan yang telah mati untuk melakukan perkara seksual dengannya.

Dia memotongnya untuk memeriksa bahagian dalam haiwan. Apa yang pelik terhadap anak saya adalah dia melakukan perkara seksual dengannya.

Melakukan pembunuhan seusia 18 tahun

Pada 18 Jun 1978, dia menjemput seorang lelaki bernama Steven Hicks ke rumahnya, di mana dia mencekik dan memukul Steven sehingga mati dengan tukul besi. Dahmer kemudian memberitahu polis, “Dia mahu pergi, dan saya tidak mahu dia pergi.”

Cuba membuat mangsa mengikut arahan

Sifat mengerikan Dahmer telah membuatnya menjadi popular. Menurut laporan Washington Post, Dahmer melakukan lobotomi pada beberapa mayat mangsa dengan menggerudi lubang di kepala mereka dan menuang asid hidroklorik. Semasa mereka masih hidup. Dahmer dilaporkan menyuntik asid muriatik untuk melihat sama ada dia boleh mengekalkan mereka di bawah kawalannya. Dia juga terlibat dalam kanibalisme dan mengaku memelihara hati lelaki untuk makan.

Jeffrey Dahmer ditahan & dibunuh

Pada 22 Julai 1991, Dahmer telah ditahan selepas salah seorang mangsanya berjaya melepaskan diri. Dalam tempoh dua minggu berikutnya, Dahmer mengaku semua 17 pembunuhan iaitu 16 di Milwaukee dan satu (Hicks) di Ohio dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1992.

Namun, Dahmer tidak didakwa atas pembunuhan pertamanya kerana dia mendakwa tidak mengingati pembunuhan itu. Malah, pihak pendakwa tidak dapat membuktikan penglibatannya di luar keraguan munasabah.

Pada 28 November 1994, Dahmer telah dipukul hingga mati oleh Christopher Scarver, rakan banduan di Institusi Koreksional Columbia di Portage, Wisconsin.

Total
0
Shares
Related Posts