Tahukah anda sebelum ini Penang diberi nama Pulau Pinang ia adalah Pulau Ka Satu?
Nama tersebut dikatakan merupakan ilham daripada seorang nakhoda atau lebih dikenali dengan nama Nakhoda Ragam.
Kenapa ia dipanggil Pulau Ka Satu?
Untuk pengetahuan anda, Nakhoda Ragam adalah seorang pelayar. Beliau menamakan tempat tersebut sebagai Pulau Ka Satu kerana ianya merupakan pulau terasing yang ditemui beliau ketika berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Dikatakan nama Pulau Ka Satu digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Namun nama tersebut di tukar kepada Pulau Pinang apabila sejumlah besar pokok pinang mula ditanam di pulau tersebut.
Pulau Pinang lebih dikenali dengan nama Tanjong Penaga
Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk asal di daerah Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang di katakan tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.
Nama tersebut dikatakan masih digunapakai dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800.
Sehingga kini nama Tanjong digunakan oleh penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai untuk merujuk kepada Bandar George Town.
Sumber: Penang