Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Boleh Ke Bayaran Zakat Dihebahkan?

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila pasangan pelakon tanah air serta ahli perniagaan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram menunjukkan mereka sedang membayar zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Dalam perkongsian itu, sejumlah RM1.15 juta yang dibayar itu merupakan hasil perniagaan sepanjang tahun 2023.

Walau bagaimanapun, perkongsian itu telah mengundang persoalan dari netizen kerana pembayaran zakat itu dianggap sebagai “menunjuk”.

Persoalannya adakah membayar zakat secara terang-terangan dan siarkan di media itu suatu yang dilarang?

Boleh ke hebahkan bayaran zakat?

Di dalam Islam, Zakat adalah rukun Islam ke-4 dan merupakan satu amalan yang sangat penting dalam Islam kerana ia dapat membantu memperbaiki keadaan masyarakat yang memerlukan.

Dalam mazhab Syafie pembayaran zakat sebaiknya dihebahkan kepada umum untuk dijadikan teladan kepada masyarakat sekeliling.

Malah, perkara itu juga boleh mengelakkan timbulnya syak wasangka jika ada sesetengah pihak yang mendakwa golongan berharta tidak mengeluarkan zakat.

Boleh ke beritahu jumlah yang dibayar?

Menerusi bebenang yang dimuat naik di laman X (@addien90s), hebahan jumlah zakat yang dibayar tidak menjadi masalah. Bahkan ia sebenarnya lebih baik dari segi syariah bagi individu yang berjawatan tinggi dan berpengaruh.

Malah, perkara ini turut dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab serta Umar bin Abdul Aziz dan konsep ini disebut sebagai wudhuh al-amwal yang bermaksud ketelusan.

Kesimpulannya, Islam tidak melarang jika pembayaran zakat dihebahkan. Walau bagaimanapun, orang yang menunaikan zakat mestilah meletakkan perasaan rendah diri supaya tidak riak.

Sumber: islamqa, X

Total
0
Shares
Related Posts