Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Harga Petrol Di Malaysia Sebenarnya Murah?

Harini (10 Jun), Kerajaan telah melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel di Semenanjung Malaysia menerusi pelaksanaan ini, harga runcit diesel mengikut harga pasaran dan diserta dengan pengagihan bantuan bersasar

Harga runcit diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter bermula tengah malam tadi di kesemua stesen minyak di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya harga diesel kekal pada RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sekilas pandang, mungkin ramai rasa macam harga minyak petrol negara kita terlalu mahal. Namun, hakikatnya harga petrol di Malaysia sebenarnya murah.

Malaysia antara 10 termurah di Dunia

Menggunakan data daripada globalpetrolprices.com, Malaysia berada di tangga ke-9 yang menawarkan harga minyak paling rendah.

Malaysia adalah yang ke-9 termurah dalam senarai pada 43.6 sen seliter petrol. Harga petrol termurah adalah di Iran pada 2.9 sen seliter.

Kenapa negara seperti Iran, Libya & Venezuela mempunyai harga petrol yang murah?

Untuk pengetahuan anda, negara-negara seperti Iran, Libya dan Venezuela adalah negara pengeluar minyak.

Negara-negara pengeluar minyak akan menawarkan petrol berharga rendah di dalam negara kerana itu adalah salah satu produk utama yang mereka hasilkan dan menawarkannya seperti komoditi bersubsidi kepada rakyat mereka.

Total
0
Shares
Related Posts