Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Boleh Tulis “Merry Christmas” Pada Kek Di Premis Halal

Heboh di media sosial akan perbincangan tentang larangan penggunaan frasa ‘Merry Christmas’ di atas kek.

Perkara itu tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek susulan syarikat kek memberi kenyataan ‘Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes’.

Walau bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah campur tangan untuk menjelaskannya.

JAKIM mengesahkan bahawa tiada larangan ke atas pemegang sijil halal untuk menulis ucapan perayaan pada kek yang dibawa pulang oleh pelanggan.

Tiada halangan bagi premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk menerima permintaan pelanggan menulis sebarang ucapan perayaan pada tempahan kek atau seumpamanya.

Sumber: JAKIM

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk terus melayari saluran komunikasi rasmi JAKIM bagi mendapatkan maklumat terkini dan penjelasan mengenai isu halal.

Total
0
Shares
Related Posts