Perbuatan terkutuk seorang bapa merogol anak kandung dan memilik pornografi kanak-kanak berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 25 sebatan oleh Mahkamah Sesyen harini.
Tertuduh perlu menjalani hukuman penjara 54 tahun apabila Hakim memutuskan semua hukuman berjalan serentak dari tarikh dituduh hari ini.
Didakwa atas tujuh pertuduhan
Dalam pertuduhan berkenaan, mahkamah menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara dan lapan sebatan bagi kesalahan pertama, manakala 15 tahun dan lapan sebatan bagi kesalahan kedua serta 16 tahun dan lapan sebatan untuk kesalahan ketiga.
Sementara itu, bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan melakukan kelucahan melampau terhadap anak kandungnya.
Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan.
Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (Akta 574) dan 377D.
Bagi pertuduhan keenam dan ketujuh, tertuduh didakwa memiliki pornografi kanak-kanak dan memiliki video lucah dalam telefon bimbit pada 19 Mei lalu.
Terdahulu, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 19 tahun. Kesalahan itu dilakukan di lokasi yang sama iaitu di sebuah rumah antara 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada akhir Mac, 10 Mei dan 11 Mei lalu.
Sumber: hmetro