Selebriti Hollywood Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian disoal siasat Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut laporan Bloomberg, pada April 2018, DiCaprio menceritakan kepada ejen mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low bermula di kelab malam.
Katanya, wang Jho Low datang daripada ‘individu paling kaya’ yang tidak dikenali di Abu Dhabi.
Dalam Laporan itu juga mengatakan hubungan Jho Low dengan DiCaprio dan selebriti lain mendapat perhatian ketika pendakwa raya bersedia bagi perbicaraan membabitkan ahli kumpulan hip hop, Fugees, Prakazrel ‘Pras’ Michél.
Michél telah didakwa membawa masuk wang asing ke kempen bekas Presiden AS, Barack Obama serta melobi bagi pihak Jho Low dan kerajaan China.
AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api perkahwinan Kim Kardashian
Dokumen yang tidak didedahkan FBI sebelum ini juga menawarkan perakaunan lebih terperinci mengenai tawaran itu dan menunjukkan cara ejen persekutuan memaksa selebriti dan pengendali mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Jho Low.
Baca Juga: 5 Skandal Korupsi Yang Pernah Mengejutkan Dunia
Pada Februari 2019, Kardashian memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.
Walau bagaimanapun, Wakil DiCaprio dan Kim enggan mengulas lanjut tentang kes tersebut.
Sumber: Bloomberg