Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Malaysia Merupakan Negara Kedua Terburuk Untuk Golongan Transgender?

Malaysia merupakan negara kedua terburuk di dunia dalam hal hak transgender, menurut Indeks Hak Trans Global yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh pasangan penyelidik Asher dan Lyric Fergusson, Malaysia diberi markah -105 dan gred F dengan komen bahawa golongan trans menghadapi pelbagai dugaan di negara ini.

“Malaysia, Arab Saudi, Malawi, dan Emiriah Arab Bersatu adalah negara yang paling teruk bagi orang trans.”

Tiada satu pun daripada mereka diberikan perlindungan ketika bekerja dan didiskriminasi. Malah, cross dressing adalah satu jenayah dengan penalti serta penjara di lapan daripada 10 negara paling teruk untuk transgender,

Baca Juga: Selangor Cadang Larangan Penjualan Anjing & Kucing Di Kedai Haiwan Peliharaan

Dalam senarai itu, Guyana diletakkan sebagai negara yang paling teruk bagi golongan itu kerana banyak pembunuhan golongan tersebut berlaku.

Negara jiran Thailand berada di kedudukan 66 daripada 203 negara, Singapura di 109, Indonesia (115) dan Brunei (192).

Lima negara terbaik untuk komuniti transgender telah disenaraikan sebagai Malta, Portugal, Kanada, Sweden dan Bolivia.

Sumber: TheStar

Total
0
Shares
Related Posts